Sektor swasta, terutamanya, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting dalam menyokong agenda transformasi Kerajaan dalam mendokong aspirasi Kerjaan dalam mewujudkan status Negara maju dan berpendapatan tinggi bagi mencapai Wawasan 2020. Seminar Bersiri Tanggungjawa Korporat SSM dilancarkan pada 29 November 2011 bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan PKS mengenai isu-isu penting dan semasa yang berkaitan dengan amalan tanggungjawab korporat ke arah mencapai kelestarian perniagaan.
Seminar Bersiri ini adalah acara tahunan dan akan dijalankan secara berperingkat-peringkat di semua negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Berikut adalah pembentangan-pembentangan daripada Seminar Series yang telah dilaksanakan: