Inisiatif-inisiatif Utama SSM
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan empat (4) inisiatif utama bagi tahun 2026 yang memberi tumpuan kepada peningkatan tahap pematuhan korporat serta pengurangan bebanan kepada komuniti perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Pelaksanaan bagi inisiatif pertama dan kedua akan bermula pada 16 April 2026, manakala pelaksanaan bagi inisiatif ketiga dan keempat akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2026.
Inisiatif-inisiatif utama SSM 2026 adalah seperti berikut:
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan empat (4) inisiatif utama bagi tahun 2026 yang memberi tumpuan kepada peningkatan tahap pematuhan korporat serta pengurangan bebanan kepada komuniti perniagaan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Pelaksanaan bagi inisiatif pertama dan kedua akan bermula pada 16 April 2026, manakala pelaksanaan bagi inisiatif ketiga dan keempat akan berkuat kuasa bermula 1 Jun 2026.
Inisiatif-inisiatif utama SSM 2026 adalah seperti berikut:
-
Klinik Pematuhan & Kempen Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori 2026
Inisiatif pertama adalah memperkenalkan Klinik Pematuhan dan Kempen Pemulihan Serah Simpan Dokumen Statutori bagi membantu syarikat yang menghadapi kesukaran memenuhi kewajipan pematuhan di bawah Akta Syarikat 2016.
Program ini memberi ruang kepada syarikat untuk mendapatkan khidmat nasihat secara langsung daripada pegawai SSM serta melaksanakan tindakan pemulihan bagi dokumen statutori yang tertunggak seperti Penyata Tahunan (PT), Penyata Kewangan (PK) dan Maklumat Pemunyaan Benefisial (PB). Melalui pendekatan ini, syarikat dapat memperbetulkan status pematuhan dalam tempoh yang munasabah dan pada masa yang sama meningkatkan kefahaman terhadap tanggungjawab korporat.
Kempen ini akan berlangsung dari 16 April 2026 hingga 30 September 2026. Syarikat yang menyertai kempen ini akan diberi peluang untuk memulihkan pematuhan melalui:
i. Tempoh 3 bulan untuk serah simpan PT dan PB tertunggak;
ii. Tempoh 6 bulan untuk serah simpan PK tertunggak; dan
iii. Tempoh 3 bulan untuk memohon pemotongan nama syarikat tidak aktif
Selain itu, mana-mana syarikat yang menyertai kempen ini akan menerima manfaat pengecualian tindakan pendakwaan dalam tempoh tertentu, pengecualian kompaun bagi kesalahan yang belum dikompaun dan pengurangan kompaun yang signifikan bagi kesalahan tertentu.
Jenis kesalahan yang akan diberikan pegurangan kompaun di sepanjang tempoh Kempen Pemulihan:
SEKSYEN KESALAHAN
|
NILAI ASAL KOMPAUN
|
NILAI SELEPAS PENGURANGAN
|
PENGURANGAN
|
Seksyen 68 Akta Syarikat 2016 - Gagal serah simpan Penyata Tahunan dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulang tahun pemerbadanan syarikat.
| RM5,000.00
| RM200.00
| RM4,800.00 (96%)
|
Seksyen 245 Akta Syarikat 2016 – Gagal menyimpan rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod yang berkaitan yang dapat menerangkan dengan jelas tentang sesuatu transaksi dan kedudukan kewangan syarikat.
| RM40,000.00
| RM2,000.00
| RM38,000.00 (95%)
|
Seksyen 248 Akta Syarikat 2016 - Gagal serah simpan Penyata Kewangan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh syarikat diperbadankan atau 6 bulan dari tarikh penyata kewangan berakhir.
| RM40,000.00
| RM500.00
| RM39,500.00 (99.50%)
|
Seksyen 258 Akta Syarikat 2016 - Gagal edar Penyata Kewangan kepada anggota syarikat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tahun kewangan berakhir atau 21 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
| RM5,000.00
| RM200.00
| RM4,800.00 (96%)
|
Seksyen 259 Akta Syarikat 2016 - Gagal menyerah simpan Penyata Kewangan dalam masa 30 hari daripada tarikh edaran atau tarikh Mesyuarat Agung Tahunan bagi syarikat awam.
| RM5,000.00
| RM200.00
| RM4,800.00 (96%)
|
Seksyen 340 Akta Syarikat 2016 - Gagal membentangkan Penyata Kewangan dalam Mesyuarat Agung Tahunan dalam masa 6 bulan dari akhir tahun kewangan bagi syarikat awam.
| RM2,000.00
| RM200.00
| RM1,800.00 (90%)
|
Seksyen 165 Akta Syarikat 1965 - Gagal serah simpan Penyata Tahunan dalam tempoh 30 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan.
| RM1,000.00
| RM100.00
| RM900.00 (90%)
|
Seksyen 143 Akta Syarikat 1965 - Gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dalam setiap tahun takwim.
| RM1,000.00
| RM100.00
| RM900.00 (90%)
|
Seksyen 169 Akta Syarikat 1965 - Gagal membentangkan akaun untung rugi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
| RM3,000.00
| RM100.00
| RM2,900.00 (96.67%)
|
Lokasi dan Tarikh Klinik Pematuhan:
• Klinik Pematuhan Kuala Lumpur pada 13 April 2026;
• Klinik Pematuhan Selangor pada 23 April 2026;
• Klinik Pematuhan Johor pada 29 April 2026;
• Klinik Pematuhan Sabah pada 5 Mei 2026; dan
• Klinik Pematuhan Sarawak pada 7 Mei 2026.
2. Meneruskan Skim 1 OKU 1 Perniagaan
Inisiatif kedua adalah meneruskan Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S101P) yang menyediakan pendaftaran perniagaan secara percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui skim ini, golongan OKU akan terus menerima manfaat pendaftaran perniagaan serta pembaharuan pendaftaran secara percuma setiap tahun, sekali gus membantu mengurangkan beban kos pematuhan pada peringkat awal dan semasa menjalankan perniagaan.
Golongan OKU yang memanfaatkan inisiatif ini akan diberikan pengecualian fi sebanyak RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan.
3. Pendaftaran SPPP dilanjutkan kepada dua (2) tahun bagi memastikan kelestarian PMKS.
Inisiatif ketiga adalah melanjutkan tempoh pendaftaran Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) daripada satu tahun kepada dua tahun bagi menyokong kelestarian PMKS. Inisiatif ini memberi peluang kepada usahawan kumpulan B40 serta pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS, Politeknik, Kolej Institut Kemahiran dan Pusat Kemahiran di dalam negara untuk mendaftarkan perniagaan dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma.
Melalui skim ini, pengecualian fi sebanyak RM120 diberikan bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan.
4.
Mewujudkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE)
Inisiatif keempat adalah pengenalan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma Warga Emas (SPPWE) sebagai kategori baharu di bawah SPPP, yang menawarkan pendaftaran perniagaan secara percuma bagi tahun pertama kepada warga emas. Skim ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada warga emas untuk menjana pendapatan melalui aktiviti keusahawanan, sekali gus membolehkan mereka terus aktif menyumbang kepada ekonomi negara.
SPPWE juga berupaya menyokong usaha negara dalam menghadapi
cabaran menuju ke arah negara menua (ageing nation). Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun ke atas meningkat kepada sekitar 8% pada tahun 2025 dan dijangka melebihi 15% daripada jumlah penduduk menjelang 2030.
Melalui SPPWE, golongan warga emas akan menikmati pendaftaran perniagaan secara percuma bagi tahun pertama, sebanyak RM60 bagi pendaftaran menggunakan nama tred, RM30 bagi pendaftaran menggunakan nama sendiri serta RM10 bagi cetakan maklumat perniagaan.