Sign In
Utusan Ketua Pegaw​ai Eksekutif

Bahagian Akademi Latihan & Pengurusan PengetahuanSuruhanjaya Syarikat Malaysia (BALPP) merupakan sebuah pusat pembelajaran perniagaan korporat di Malaysia yang telah ditubuhkan pada April 2007 berfungsi sebagai badan pendidikan dan latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia memainkan peranan penting dalam mempromosi dan menerapkan etika perniagaan serta nilai-nilai yang yang baik kepada perniagaan dan syarikat.

SSM berpegang kepada falsafah ‘penguatkuasaan melalui pendidikan’ dengan pendekatan ‘penguatkuasaan yang seimbang’, SSM percaya pendidikan dapat memperlengkapkan inisiatif penguatkuasaan bagi mencapai pematuhan pelaksanaan kami dalam memastikan pematuhan undang-undang. COMTRAC berusaha untuk mendidik pihak berkepentingan dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya keperluan dan manfaat yang bersesuaian dengan undang-undang syarikat

COMTRAC berkomited dalam menggalakkan dan memperkenalkan pengurusan yang bagus di kalangan pengarah-pengarah syarikat, setiausaha-setiausaha syarikat dan pegawai-pegawai syarikat. Kami mengetengahkan modul komprehensif kepada peserta serta dilengkapi dengan pemahaman yang lebih jelas mengenai keperluan terkini dimana ia penting untuk membantu mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mengikut undang-undang yang terkandug dalam Akta Syarikat 2016 dan undang-undang yang berkaitan.

Dengan adanya COMTRAC, SSM dijadikan sebagai garis panduan dalam menyediakan peluang untuk melengkapkan pihak berkepentingan dengan melalui pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan.

Terima kasih.

Ketua Pegawai Eksekutif
Suruhanjaya Syarikat Malaysia​






MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC