Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Malaysian Business Reporting System (MBRS)​
>> Akses ke MBRS Portal (mPor​tal) via SSM4U


​​​​
 


Malaysian Business Reporting System atau singkatannya MBRS merupakan platform serahan dokumen yang berasaskan format eXtensible Business Reporting Language (XBRL).​
MBRS membenarkan penyerahan dokumen berikut:

i. Penyata Tahunan (PT);
ii. Penyata Kewangan dan Laporan (PK); dan
iii. ​Permohonan Pengecualian (Exemption Applications, EA) yang berkaitan dengan PT dan PK.

Prinsip panduan bagi skop kewangan dan bukan kewangan di bawah MBRS 2.0 adalah berasaskan kepada perkara berikut:​

1. Akta Syarikat 2016;
2. Akta Syarikat 1965; dan
3. Piawaian perakaunan yang diluluskan dan terpakai bagi penyediaan penyata kewangan, iaitu:​
  • Syarikat awam serta subsidiarinya, syarikat bersekutu atau entiti yang dikawal bersama, yang dikehendaki menyediakan atau menyerahkan mana-mana penyata kewangan di bawah undang-undang yang ditadbir oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau Bank Negara Malaysia, menggunakan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS); dan
  • Syarikat persendirian yang menggunakan Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) di Malaysia.

Kompo​nen MBRS


Jenis Penyerahan​

Ringkasan MBRS membimbing pengguna mengenai skop penyerahan MBRS yang dibenarkan melalui platform penyerahan MBRS. Walau bagaimanapun, jenis penyerahan sebenar adalah ditentukan berdasarkan maklumat yang diisi dalam MBRS Preparation Tool (mTool).
Muat turun MBRS Preparation Tool (mTool)​

Pemasang ​mTool​​

Langkah-langkah menggunakan MBRS​:
  1. ​Akses laman web SSM dan klik pada pautan SSM4U di bahagian Pautan Pantas.
  2. Daftar sebagai pengguna SSM4U​.​
  3. Setelah berada di portal SSM4U, sila klik ikon "MBRS"​.
  4. Harap maklum bahawa di bawah MBRS 2.0, Lodger MESTI memastikan pendaftaran Sijil Amalan (Practicing Certificate, PC) di bawah Seksyen 241, Akta Syarikat 2016 adalah aktif. Ini merupakan keperluan baru dan wajib di bawah MBRS 2.0 bagi Lodger, kerana sijil tersebut diperlukan untuk dimuat naik semasa log masuk ke mPortal 2.0

  5. Untuk sebarang pendaftaran atau pembaharuan PC baharu, sila rujuk kepada eSecretary​.

  6. ​Seterusnya, mohon peranan pengguna seperti berikut:
    ​ Peranan Fungsi
    Company Secretary (Lodger) Individu yang mempunyai kuasa untuk menyerahkan PT, PK serta EA kepada SSM
    Company Agent  (Lodger)
    ​Liquidator (Lodger)**
    ​Official Receiver (Lodger)**
    ​Other Role (Lodger)**​
    ​Company Secretary Assistant (Maker)Individu yang menyediakan dan memuat naik fail XBRL bagi PT, PK serta EA ke dalam mPortal.

    ​Company Agent Assistant (Maker)
    ​Liquidator (Maker)**
    ​Official Receiver (Maker)**
    ​Other Role (Maker)**​
    **Liquidator (Maker), Liquidator (Lodger), Official Receiver (Maker), Official Receiver (Lodger), Other Role (Maker) dan Other Role (Lodger) hanya membenarkan penyerahan bagi syarikat yang mempunyai status Winding Up (W) atau Dissolved (D) di SSM.

  7. Ikuti arahan yang dipaparkan di skrin MBRS mengikut perkhidmatan yang dikehendaki.
  8. S​emak status penyerahan di dashboard Penugasan Peranan Pengguna (User Role Assignment) dalam mPortal. Keputusan permohonan akan dipaparkan di dashboard individu dalam mPortal dengan merujuk kepada ikon ini.

​​Nota: 
i. ​Company Secretary (Lodger), Company Agent (Lodger), Liquidator (Lodger), Official Receiver (Lodger) dan Other Role (Lodger) dikehendaki membeli Sijil Digital (Pendaftaran PKI) melalui mPortal. mPortal akan mengarahkan pengguna ke portal 1CRS (Pos Digicert Certificate Registration System) untuk membeli sijil tersebut.​
ii. Pengguna MyCoID sedia ada tidak perlu mendaftar sebagai pengguna SSM4U untuk mengakses mPortal. Pengguna MyCoID hanya perlu menetapkan semula kata laluan melalui pautan Forgot Password di portal SSM4U.​


Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah memulakan kerjasama strategik dengan empat Rakan Latihan MBRS bagi memenuhi objektif SSM untuk membekalkan pihak berkepentingan dengan pengetahuan menyeluruh mengenai Malaysian Business Reporting System (MBRS) 2.0 secara konsisten.

Program latihan MBRS 2.0 yang ditawarkan oleh SSM dan Rakan Latihan MBRS dibahagikan kepada dua kategori​:

MBRS 2.0 - Penyata Tahunan
Kursus separuh hari ini bertujuan untuk memberikan peserta pemahaman mendalam mengenai keperluan penyerahan yang telah disemak semula, ciri baharu, dan penambahbaikan yang ditawarkan dalam MBRS 2.0. Peserta akan memperoleh pengetahuan praktikal tentang cara mengoptimumkan penggunaan MBRS Preparation Tool (mTool) terkini bagi memastikan penyerahan PT, PK dan EA berkaitan (FS) dan AR kepada SSM berjalan dengan lancar.

MBRS 2.0 untuk Penyedia – Penyata Kewangan
Kursus 2 hari ini direka khusus untuk memberikan pemahaman dan pengetahuan mendalam kepada penyedia dalam menggunakan MBRS Preparation Tool (mTool) terkini bagi penyerahan Penyata Kewangan dan Petunjuk Kewangan Utama (KFI) kepada SSM. Dalam kursus ini, peserta akan dibimbing melalui sesi praktikal mengenai penyediaan satu set penyata kewangan menggunakan MBRS 2.0.
 
Klik di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program latihan MBRS 2.0 yang ditawarkan oleh:

Panduan Pengguna​
Malaysian Business Reporting Syst​em 2.0 ​(MBRS 2.0)​​​
1.
User Manual - MBRS Preparation Tool 2.2 (mTool 2.2​)​​

 i.   ​Annual Return (AR) – Companies Act 2016

 ii.  Annual Return (AR) – Companies Act 1965​​

iii.  Financial Statements and Report (FS) – Companies Act 2016

iv.  Financial Statements and Report (FS) – Companies Act 1965

v.   Exemption Application related to the Financial Statements and Report (EA)​​

​​​

​​P​​D​​​F

​2.
User Manual - MBRS Portal (mPortal)​
PD​F​​


​​​PKI Registration/ Digital Certificate​​
​1.
​Guidelines Digital Certificate Acquisition for SSM-MBRS
Zip
2.
​PKI Registration/ Digital Certificate Flowchart
P​D​​F
3.
​Brochure​ 
PD​F​


Soalan Lazim (FAQs)

​​​FAQs
1.
​Malaysian Business Reporting System 2.2 (MBRS 2.0)​​
P​DF​
2​.
​​​PKI Registration/ Digital Certificate
PDF

Video

​​​General
1.
​Introduction to MBRS 2.0
Video​


​​​MBRS Preparation Tool (​mTool)
1.
​​Installation mTool 2.0
Video​


PKI Registration/ Digital Certificate  
1.
​​Video Tutorial - Digital Certificate Acquisition for SSM-MBRS​​
Video​
​ ​​

SSM Taxonomy (SSMxT)

SSM Taxonomy (SSMxT​)
​1.
​SSM Taxonomy (SSMxT) 2022
SSMxT_2022v1.0
Zip
2.
​​SSM Taxonomy (SSMxT) 2017​
 i. ssmxt2​017 (v1.0)​
​Zip​​
3​.
SSM Taxonomy (SSMxT) 2014
 i. ssmt_20131231 (version 1.0) 
Zip
4.
​​​SSM Taxonomy (SSMxT) Architecture​ 2022
P​DF​​
​5.
​SSM Business Rule MBRS 2.0 SSMxT 2022
​Excel​​
​​​
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pusat Panggilan SSM

Tel      : 03-7721 4000
E-mel : enquiry[at]ssm.com.my
atau SSMCC Live Chat​

​ 

Untuk pertanyaan berkaitan PKI Registration/ Digital Certificate, sila hubungi Pos Digicert Sdn. Bhd. :
Khidmat Pelanggan
E-mel : customercare[at]digicert.com.my





MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC