Kod QR SSM BizTrust
PENGENALAN
SSM BizTrust merupakan satu (1) business starter kit yang berfungsi sebagai satu (1) pengesahan dan pengenalan identiti digital atau digital identification kepada entiti-entiti perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
OBJEKTIF
Objektif SSM BizTrust business starter kit ini adalah untuk memperkasakan pematuhan ke atas entiti-entiti perniagaan melalui peruntukan Akta-akta yang ditadbir oleh SSM dengan adanya pengesahan melalui kod QR SSM BizTrust.
FUNGSI
Kaedah semakan maklumat peniaga melalui kod QR SSM BizTrust ini akan memaparkan maklumat seperti nama dan nombor pendaftaran entiti perniagaan, status serta alamat URL.
PENGESAHAN
Para pelanggan SSM perlu memuat turun aplikasi mobil rasmi SSM iaitu MySSM ke peranti mudah alih dari Apple App Store (iOS), Google Play Store (Android) dan Huawei AppGallery (Huawei) untuk mengesahkan kod QR SSM BizTrust.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung kod QR SSM BizTrust, sila rujuk: