Sign In

​​​​Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan​ Terbaik, Buku Panduan & Kisah Kejayaan


BBPC 6/2017 merupakan penerbitan terkini oleh SSM yang menyediakan panduan berhubung penyediaan Laporan Ulasan Perniagaan bagi membolehkan syarikat untuk melapor maklumat penting di dalam pelan hala tuju syarikat dan prestasinya, termasuk isu-isu yang memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan perniagaaan.

 ​


Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik SSM 1/2010 yang dilancarkan pada 28 Januari 2010, yang mengandungi syor-syor umum dan cadangan-cadangan mengenai amalan-amalan terbaik berhubung penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

 


Penerbitan set panduan SSM yang bertajuk ‘Bagaimana Hendak Menubuhkan Taman Asuhan Kanak-kanak di Tempat Kerja ini telah dilancarkan pada 9 November 2010 sebagai satu dokumen pelengkap kepada edisi pertama Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 1/2010 mengenai penubuhan taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja.

 


Contoh Taska di Tempat Kerja: Tadika Keluarga Harmoni & Indah, Kein Hing Industry Sdn Bhd (http://www.keinhing.com/)

 


Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik SSM 2/2011 yang dilancarkan pada 24 November 2011, yang mengandungi syor-syor umum dan cadangan-cadangan mengenai amalan-amalan terbaik berhubung dengan mewujudkan persekitaran mesra keluarga dan kanak-kanak melalui pengendorsan program penyusuan ibu.​

 


Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik SSM 3/2012 yang dilancarkan pada 27 Januari 2012 menggalakkan Ikrar Integriti Korporat (CIP) dan Soal Selidik Penilaian Sistem Integriti Korporat (CIAQ) yang merupakan niat formal dan kukuh mengenai komitmen sesebuah organisasi untuk mematuhi amalan perniagaan secara beretika dan menyokong kempen kebangsaan menentang rasuah.

 


Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 4/2013 SSM telah dilancarkan pada 5 Mac 2013 untuk menggalakkan dan menyokong perkongsian awam-swasta (PPP) dalam menyediakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT), sebagai alternatif kepada untuk menentukan aliran pendidikan terutamanya untuk pelajar tercicir.

 


Penerbitan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 5/2013 SSM telah dilancarkan pada 2 Julai 2013 untuk menyediakan gambaran keseluruhan tentang pendekatan, wahana dan sumber yang ada bagi penzahiran tanggungjawab korporat seiring dengan objektif untuk meningkat kesedaran di kalangan syarikat dan perniagaan dan memberikan pemahaman tentang rangka kerja baharu penzahiran tanggungjawab korporat di bawah Akta Syarikat yang baharu.

 


Penerbitan set panduan SSM bertajuk 'Dari Ikrar kepada Amalan: Panduan Pelaksanaan Sistem Integriti Korporat Malaysia' yang dilancarkan pada 22 April 2014, adalah dokumen pelengkap kepada Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 3/2012 yang bertajuk 'Mencapai Integriti Korporat'. Set panduan ini diterbitkan untuk memudah, menyokong dan memberi bantuan teknikal kepada syarikat dan perniagaan bagi melaksanakan sistem integriti korporat sebagai langkah pencegahan yang berkesan terhadap amalan rasuah.

 


Penerbitan Set Panduan SSM bertajuk "Set Panduan untuk Melaksanakan Perniagaan Hijau" yang dilancarkan pada 14 April 2015, di Menara SSM @ Sentral mengandungi panduan dan cadangan mengenai inisiatif-inisiatif hijau dan aktiviti-aktiviti yang boleh diamalkan oleh syarikat dan perniagaan dalam operasi harian perniagaan mereka.​








MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC