Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​EzBiz Online​​​


EzBizLogo.jpg

​Apaka​h EzBiz?

  • Sistem perkhidmatan bagi pendaftaran perniagaan dalam talian yang disediakan oleh SSM untuk membenarkan pengguna untuk melakukan pendaftaran perniagaan baru, pendaftaran perubahan maklumat perniagaan, pembaharuan perakuan pendaftaran dan penamatan perniagaan.
  • Perkhidmatan EzBiz adalah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dengan mengakses laman web https://ezbiz.ssm.com.my/.

Bagaimana untuk menggunakan EzBiz?

  • Pemilik mestilah Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap.
  • Pemilik mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Setiap pemilik / rakan kongsi perlu mendaftar sebagai pengguna Ezbiz Online. Sila rujuk ​Panduan Mendaftar Akaun Pengguna​​​​ 

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan?

1.  Pendaftaran perniagaan baru:

  • Nama Sendiri
  • Name 'Tred'

2.  Pendaftaran perubahan maklumat perniagaan:

  • Perubahan Alamat Perniagaan
  • Perubahan Jenis Perniagaan
  • Perubahan Maklumat Cawangan
  • Perubahan maklumat pemilik / rakan kongsi

3.  Pembaharuan perakuan pendaftaran. (boleh dibuat sebelum tamat hingga dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh tamat perakuan pendaftaran)

4.  Penamatan Perniagaan :- Hanya untuk perniagaan aktif (sebelum tamat tempoh perakuan pendaftaran)

5.  Perkhidmatan kompaun

  • Untuk menyemak kompaun tertunggak
  • Melakukan pembayaran kompaun 

 Fi Pendaftaran dan Pembaharuan

  • Pendaftaran Perniagaan baru:
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred'  = RM60.00 setahun
  • Perubahan butir-butir perniagaan = RM20.00
  • Cawangan = RM5 setahun bagi setiap cawangan
  • Penamatan Perniagaan = Tiada bayaran diperlukan
  • Pembaharuan Perniagaan
    • Nama Sendiri = RM30.00 setahun
    • Nama 'Tred' = RM60.00 setahun
    • Cawangan = RM5.00 setahun bagi setiap cawangan
  • Cetakan Maklumat Perniagaan – RM10.00 

Apakah cara pembayaran?

Kad Kredit dan FPX (Financial Process Exchange - Perbankan Online)

Tatacara Pengguna Ezbiz

Piagam Pelanggan Ezbiz Online

  • Dalam tempoh satu hari (24 jam) bekerja selepas permohonan diterima

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry[at]ssm.com.my . 

'PERNIAGAAN ADA BERMULA DI SSM' ​



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC