Sign In

​​​​​​​​​​​SSM BizTrust




SSM BizTrust adalah satu piawaian yang boleh diperolehi oleh entiti perniagaan secara atas talian melalui perakuan yang dikeluarkan oleh SSM bahawa entiti tersebut telah mematuhi ciri-ciri amanah yang telah ditetapkan, keselamatan dalam talian dan perlindungan maklumat. SSM BizTrust menyediakan platform kepada para peniaga yang menjalankan urusan secara atas talian (termasuk media sosial) bagi mendapatkan pensijilan biztrust melalui logo (seal) yang akan dipaparkan di dalam laman web perniagaan mereka. 

Dengan adanya paparan logo SSM BizTrust di sesebuah laman web, pelanggan akan lebih berkeyakinan untuk berurusan dengan entiti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan atau sekadar berkongsi maklumat di dalam laman web tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara atas talian.​

Tahap dan fi SSM BizTrust: 

​ TahapPrinsip SSM BizTrust
Platform​
1PendaftaranLaman web / Media Sosial / Blog
2Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan ATAU PrivasiLaman web
3Pendaftaran (Tahap 1) + Keselamatan DAN Privasi
Laman web
NOTA: Pendaftaran dan pembaharuan ​percuma sehingga 31 Disember 2022​​.



​Prinsip ​SSM BizTrust :

 
​​​​Prinsip Pendaftaran​Prinsip KeselamatanPrinsip Privasi
Entiti telah berdaftar dan mempunyai kr​edibiliti yang baik dengan SSM serta mematuhi amalan perniagaan selari dengan kriteria yang telah ditetapkan di dalam SSM BizTrust.
Perlindungan ke atas keselamatan sistem selaras dengan kriteria keselamatan SSM BizTrust.Maklumat peribadi mematuhi komitmen di dalam notis privasi setiap entiti selaras dengan kriteria privasi SSM BizTrust.​

Daftar sekarang https://biztrust.ssm.com.my.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-7721 4000 atau emel kepada enquiry[at]s​sm.com.my.

 

 
​​​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC