Sign In

​​​​​​​​​Bahagian Pengurusan Projek Enterprise (BPPE)


Bahagian Pengurusan Projek Enterprise (BPPE) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2023 bagi menyokong pelaksanaan projek berskala besar, transformasi organisasi dan inisiatif pendigitalan SSM.

BPPE terdiri daripada tiga unit sokongan iaitu Unit Pentadbiran, Unit Pengurusan Perubahan dan Unit Pengurusan Projek yang berperanan memantau dan menyokong pelaksanaan Projek-projek Hala Tuju SSM.

Unit Pentadbiran berperanan menyokong operasi harian bahagian dari aspek pentadbiran, kewangan, dokumentasi serta keperluan sumber manusia projek, di samping berfungsi sebagai sekretariat mesyuarat Project Steering Committee (PSC).

Unit Pengurusan Perubahan pula mengurus impak perubahan organisasi melalui perancangan dan pelaksanaan strategi pengurusan perubahan, komunikasi serta latihan bagi memastikan penerimaan perubahan yang berkesan oleh warga kerja SSM.

Unit Pengurusan Projek bertanggungjawab merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan projek agar dilaksanakan mengikut skop, garis masa, kos dan kualiti yang diluluskan, termasuk pelaporan kemajuan projek kepada jawatankuasa berkaitan.


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC