Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​Mengenai SSM

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan hasil penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB). SSM mula beroperasi pada 16 April 2002.


Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab ke atas pemerbadanan syarikat, pendaftaran perniagaan dan perkongsian liabiliti terhad (PLT) serta pembekalan maklumat berkaitan syarikat, perniagaan dan PLT kepada orang awam.


Sebagai autoriti utama dalam tadbir urus korporat, SSM memastikan pematuhan terhadap undang-undang syarikat dan perniagaan melalui penguatkuasaan, pemantauan dan pendidikan yang berkesan. Dengan menggalakkan ketelusan dan akauntabiliti, SSM menyumbang kepada pertumbuhan dan daya tahan sektor korporat serta perniagaan di Malaysia.


SSM diberi mandat untuk mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang berikut:​


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC