Sijil Komemoratif SSM direka untuk memperingati tarikh khas atau peristiwa bersejarah. Ianya dikeluarkan sebagai memperingati pemerbadanan sesebuat syarikat atau pendaftaran sesebuah perniagaan.
Terdapat pelbagai reka bentuk sijil yang boleh dipilih. Setiap reka bentuk adalah unik dan boleh dibeli di mana-mana pejabat SSM. Sijil komemoratif dicetak berwarna dengan mengunakan 160gsm kertas saiz A4 dan ditandatangani oleh Pendaftar.
Borang permohonan sijil memperingati boleh didapati di mana-mana kaunter pejabat SSM. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03 7721 400.
Dapatkan anda punya hari ini!
HARGA
Bil. | Jenis Sijil Memperingati
| Saiz
| Harga (RM) |
---|
1. | Syarikat
| A4/A3 | RM 50.00
|
2.
| Perniagaan
| A4/A3
| RM50.00
|
Reka Bentuk 2018