Sign In


Sejarah


Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (JPUK)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semua undang-undang korporat Malaysia di bawah Program Pembaharuan Undang-Undang Korporatnya. Bagi memastikan program pembaharuan ini dilaksanakan dengan berkesan dan secara objektif, SSM telah menubuhkan jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat menurut seksyen-seksyen 17 dan 19 Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (JPUK) pada 17 Disember 2003 membentuk bahagian yang penting dalam hala tuju strategik Suruhanjaya Syarikat Malaysia ke arah menyediakan rangka kerja kawal selia yang kondusif bagi syarikat dan perniagaan yang beroperasi.

Suruhanjaya Syarikat menyedari keperluan untuk mengkaji semula Akta Syarikat 1965 untuk menggambarkan keperluan semasa dan masa depan persekitaran perniagaan. Oleh itu, JPUK telah ditubuhkan untuk menjalankan kajian semula dasar-dasar semasa undang-undang mengenai undang-undang korporat untuk mencadangkan pindaan yang perlu bagi kegiatan korporat dan perniagaan untuk berfungsi dalam persekitaran perniagaan yang kos efektif, konsisten, telus dan berdaya saing selaras dengan piawaian antarabangsa tadbir urus korporat yang baik.​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC