- Mewujudkan kerangka undang-undang yang jelas bagi kepentingan bercagar di Malaysia
- Mengawal selia penggunaan harta alih sebagai cagaran
- Membolehkan akses pembiayaan yang lebih luas melalui transaksi bercagar
- Merangkumi pelbagai jenis harta alih, termasuk:
- Kenderaan bermotor
- Tanaman
- Ternakan
- Dokumen hakmilik
- Instrumen boleh niaga
- Wang
- Harta tidak ketara (contohnya: harta intelek)
- Pelaksanaan sistem pendaftaran dan pemfailan elektronik
- Membolehkan carian dan pendaftaran kepentingan bercagar dalam talian
- Daftar yang akan diperkenalkan bersama RUU kelak akan memberikan kejelasan berkenaan keutamaan kepentingan bercagar
- Memudahkan proses pendaftaran untuk pihak bercagar menggunakan format elektronik berdasarkan maklumat yang senang diperolehi
MANFAAT RUU HAKBKerangka RUU HAKB ini akan menangani kesukaran yang dihadapi oleh pemiutang dalam menilai kelayakan kredit disebabkan jurang maklumat. Jurang ini meningkatkan kos pembiayaan dan mengehadkan akses pembiayaan—terutamanya bagi
perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). Dengan meningkatkan ketelusan dan kepastian, RUU HAKB ini dapat: