Sign In

​​​​​​​Maklumat Pemunyaan Benefisial​


(a) ​Permohonan Maklumat Pemunyaan Benefisial

​• Permohonan bagi maklumat Pemunyaan Benefisial adalah hanya melalui perkhidmatan kaunter di Menara SSM@Sentral.​​


(b) ​Akses Kepada Maklumat Pemunyaan Benefisial​

Maklumat Pemunyaan Benefisial hanya boleh diakses oleh:

  • Pemunya benefisial berkaitan dengan maklumat dirinya sahaja;
  • Orang yang diberi kebenaran secara bertulis oleh pemunya benefisial berkaitan maklumat pemunya benefisial;
  • Bank Negara Malaysia dalam menjalankan fungsi selaku pihak berkuasa berwibawa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613);
  • Mana-mana agensi penguat kuasa di Malaysia yang bertanggungjawab berhubung dengan pencegahan, pengesanan dan penyiasatan mana-mana kesalahan serius seperti yang ditafsirkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613);
  • Institusi pelapor dalam menjalankan aktiviti seperti mana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Akta 613); dan
  • Kementerian Kewangan Malaysia yang menjalankan fungsi perolehan kerajaan.

(c) Prosedur Pembekalan Maklumat Pemunyaan Benefisial

  • Pemohon perlu mendaftar dan melengkapkan proses verifikasi pendaftaran melalui portal SSM4U di pautan www.ssm4u.com.my;
  • Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan yang telah ditetapkan, sila klik di sini​;
  • Setiap permohonan perlu mendapatkan surat kebenaran secara bertulis dengan menggunakan kepala surat daripada organisasi atau institusi masing-masing; dan
  • Carian maklumat Pemunyaan Benefisial hendaklah menggunakan nombor pendaftaran syarikat sahaja.​​

(d)​ Fi Permohonan Maklumat Pemunyaan Benefisial

​ ​ ​​
​Entiti
​Perkara
​Fi (RM)
Pemunyaan Benefisial
Fi data
20.00 setiap syarikat​
*​Fi pembekalan maklumat yang telah di bayar tidak boleh di bayar balik​

(e​) Kaedah Pembekalan Maklumat

  • Maklumat Pemunyaan Benefisial akan dibekalkan dalam format PDF ke alamat e-mel pemohon, sampel maklumat sila klik di sini; dan
  • Pembekalan maklumat kepada pemohon melalui e-mel dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh bayaran penuh diterima.​​


​(f) Penafian​

  • Sebarang permohonan untuk mengakses maklumat adalah tertakluk kepada keperluan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010;
  • Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas permohonan dan penggunaan maklumat yang dibekalkan oleh SSM.
  • ​Pemohon perlu memaklumkan kepada Bahagian Pematuhan Korporat melalui e-mel discrepancyreport[at]ssm.com.my dalam tempoh 30 hari sekiranya terdapat perbezaan pada maklumat yang dibekalkan dengan maklumat pemunyaan benefisial dalam daftar atau pengetahuan orang atau golongan orang.​

​(g) Maklumat Tambahan


​(h​) Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :​

​Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan  
Menara SSM@Sentral 
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral 
50623 Kuala Lumpur 

Telefon: +603-7721 4000
Faks: +603-7721 4001
Emel: enquiry[at]ssm.com.my ​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC