Sign In

​​​​​​

Laporan Ulasan Perniagaan


Jangkaan masyarakat terhadap sektor korporat yang semakin meningkat telah memberi kesedaran kepada syarikat-syarikat berhubung keperluan untuk bersifat lebih telus dan peka terhadap kepentingan laporan korporat yang kini telah berkembang melebihi jangkauan pelaporan kewangan.

Laporan bukan kewangan yang lebih meluas telah diperkenalkan di bawah Akta Syarikat 2016 yang baharu sebagai Laporan Ulasan Perniagaan. Seksyen 253(3) Akta Syarikat 2016 menetapkan bahawa Laporan Ulasan Perniagaan akan menjadi sebahagian daripada laporan pengarah-pengarah dan kandungannya mengandungi perkara yang telah dinyatakan dalam Bahagian II Jadual 5 Akta tersebut.

Di bawah undang-undang, penyerahan Laporan Ulasan Perniagaan kepada Pendaftar adalah secara sukarela. Bagi menggalakkan pematuhan syarikat terhadap kaedah pelaporan korporat yang baru ini, SSM telah menerbitkan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik (BBPC) 6/2017 bagi Laporan Ulasan Perniagaan: Panduan Penzahiran dan Pelaporan.

Laporan Ulasan Perniagaan adalah dalam bentuk naratif (penceritaan) yang membenarkan syarikat untuk melaporkan maklumat penting di dalam pelan hala tuju syarikat dan prestasinya. Pematuhan kepada laporan naratif secara sukarela ini akan membenarkan pihak pengurusan untuk melaporkan isu-isu yang memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan perniagaaan, di samping penyata kewangan yang memberikan maklumat kewangan syarikat secara lebih terperinci.

Sila klik di sini​​ untuk memuat turun BBPC 6/2017​



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC