Sign In

​​​​​Agenda Tanggungjawab Korporat Suruhanjaya Syarikat Malaysia


Tanggungjawab korporat (atau tanggungjawab sosial korporat) kini diiktiraf sebagai salah satu agenda antarabangsa yang diamalkan di kalangan pengawal selia korporat dan syarikat-syarikat di seluruh dunia. Di peringkat antarabangsa, amalan tanggungjawab korporat merupakan salah satu aspek penilaian ke arah menentukan tahap daya saing sesebuah negara berdasarkan Laporan 2010 World Competitiveness Yearbook terbitan Institute for Management Development yang berpangkalan di Switzerland. Di peringkat domestik, konsep tanggungjawab korporat dirujukdi dalam beberapa agenda nasional seperti Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Isu tanggungjawab korporat juga disentuh dalam Ucapan Bajet 2010 oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Bagi melengkapi usaha Kerajaan dalam mempromosikan tanggungjawab korporat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menghasilkan satu rangka kerja strategik yang menggariskan pendekatan SSM ke arah menyemai budaya tanggungjawab korporat di Malaysia. Rangka kerja strategik tersebut dikenali sebagai Agenda Tanggungjawab Korporat SSM (Agenda CR SSM). Agenda CR SSM berslogankan “Driving Business Beyond Profitability” telah dilancarkan secara rasmi pada 30 Jun 2009 oleh Pengerusi SSM, Datuk Mohd Zain Bin Mohd Dom. Pelancaran Agenda CR SSM menandakan era baru bagi SSM berkaitan dengan mandat organisasi yang kini merangkumiperanan untuk menggalakkan amalan tanggungjawab korporat yang baik di kalangan perniagaan dan syarikat-syarikat di Malaysia. Agenda CR SSM ini mewujudkan satu dimensi baru menerusi pengiktirafan tanggungjawab korporat sebagai sebahagian daripada amalan tadbir urus korporat.

Objektif pengenalan Agenda CR SSM adalah seperti berikut:
  • Untuk memupuk budaya tanggungjawab korporat di persekitaran perniagaandi Malaysia;
  • Untuk menggalakkan syarikat dan perniagaan untuk berusaha ke arah mencapai keseimbangan di antara penjanaan keuntungan dan mewujudkan persekitaran hidup yang mampan;
  • Untuk menyemai budaya tanggungjawab korporat di kalangan komuniti korporat yang menghargai dan memperakui bahawa inisiatif-inisiatif tanggungjawab korporat mampu mewujudkan premium bagi syarikat dan perniagaan; dan
  • Untuk mendalami dan menyebarkan tadbir urus korporat yang baik melalui asas yang lebih holistik.
Selain daripada Agenda CR SSM, bidang tanggungjawab korporat juga diberi tumpuan di dalam Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM 2010 - 2014 (SSM Second Strategic Direction Plan 2010 – 2014) di mana empat (4) daripada lima puluh empat (54) projek utama di bawah Pelan Hala Tuju Strategik Kedua SSM ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab korporat.


​SSM telah menjalankan aktiviti-aktiviti berikutan lanjutan daripada Pelancaran Agenda Tanggungjawab Korporat SSM :










MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC