Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​e-Secretary​​


​​


A. Mengenai e-Secretary

​Apakah itu e-Secretary?

e-Secretary adalah aplikasi dalam talian yang disediakan oleh SSM bagi membolehkan seseorang yang layak di bawah seksyen 235 Akta Syarikat 2016 untuk membuat permohonan pendaftaran untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat sepertimana yang dikehendaki oleh seksyen 241 Akta Syarikat 2016.​

  • Setelah permohonan diluluskan, sijil perakuan amalan setiausaha akan dikeluarkan oleh SSM di mana butir-butir pemohon yang diluluskan akan dimasukkan ke dalam Daftar Setiausaha Syarikat.
  • Aplikasi ini boleh diakses di https://esecretary.ssm.com.my/ untuk 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.​

Siapakah yang boleh memohon perakuan amalan setiausaha melalui e-Secretary?




Perkhidmatan yang ditawarkan di e-Secretary​ 

  • Permohonan pendaftaran untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat / permohonan baharu perakuan amalan setiausaha; 
  • Permohonan pembaharuan perakuan amalan setiausaha;
  • Perubahan maklumat setiausaha; dan
    • ​Alamat Pemastautin
    • Maklumat hubungan (No Telefon, Nombor Telefon Bimbit atau Alamat E-mel)
    • Maklumat pejabat setiausaha syarikat
  • Perubahan kelayakan setiausaha.
Lain-lain perkhidmatan:

  • Menyemak status permohonan;
  • Menjawab kueri yang telah dikemukakan oleh SSM; dan
  • Memuat turun Sijil Perakuan Amalan Setiausaha setelah permohonan diluluskan.
Fi Permohonan

​Butiran
Perihal
​​RM
1.
Permohonan perakuan amalan.
100.00​
2.​
Permohonan pembaharuan perakuan amalan untuk :
a) Satu tahun
100.00
b) Dua tahun
200.00
c) Tiga tahun
300.00​
Kaedah pembayaran

  • Kad kredit dan FPX (Financial Process Exchange - Online banking)​

Nota Penting

  • Elakkan daripada menyalin dan menampal (copy & paste) sebarang maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem.
  • Permohonan pembaharuan Sijil Perakuan Amalan (PC) hendaklah dibuat tidak lewat daripada 30 hari sebelum tarikh luput PC.
  • Mata CPE untuk pembaharuan sijil latihan (PC) mesti dikumpulkan semasa tempoh sah PC.​

B. Pusat Sumber e-Secretary

Peraturan / Garis Panduan / Borang

Soalan Lazim

Manual Pengguna


Pengumuman

Tarikh
​​Perihal
​30/08/2021
SSM Announcement on The Approval of Company Secretarial Firm To Operate Under Phase 1 And 2 Of The National Recovery Plan​
10/12/2020
Pengemaskinian Keperluan Continuing Professional Education (CPE) Bagi Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat (LS) 
10/12​/2020
Pengemaskinian Keperluan Continuing Professional Education (CPE) Bagi Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha (PC)​ ​
​​​08/09/2020
Tambahan Pengiktirafan Mata CPE Bagi Latihan Dalam Talian (On-Line Training) Untuk Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Dan Pembaharuan Lesen Setiausaha Syarikat
18/06/2020
21/03/2020
Lanjutan Masa Bagi Permohonan Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Di Bawah Seksyen 241 AS2016 ​
07/11/2019
Tarikh Akhir Permohonan Pendaftaran Untuk Bertindak Sebagai Setiausaha Syarikat Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 
04/10/2019
Pengumuman SSM Mengenai Pendaftaran Setiausaha Syarikat dan Pembaharuan Sijil Perakuan Amalan Di Bawah Seksyen 241 Akta Syarikat 2016
15/03/2019
Pengumuman Penguatkuasaan Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 
​​
Artikel


C. Hubungi Kami

Untuk pertanyaan lanjut mengenai aplikasi dan sistem, sila hubungi:

SSM Contact Centre:

Tel : 603-7721 4000
Email : enquiry[at]ssm.com.my

Untuk pertanyaan mengenai kompaun yang dikeluarkan oleh SSM, sila hubungi:

Tel : 603-2299 5334
Email : ar_compliance@ssm.com.my

Menara SSM@Sentral 
No. 7 Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral 
50623 Kuala Lumpur


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC