Sign In

​​​

Hasil soal selidik tahap kepuasan pelanggan​


Pelanggan yang dihormati,

Soal selidik berkaitan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan SSM telah diadakan bermula pada 01 Januari 2016 sehingga 30 September 2016. Soal selidik tersebut dijalankan bertujuan bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam. Hasil dari soal selidik yang dibuat di Laman Portal SSM menunjukkan seramai 8,703 pengunjung laman portal telah menyertai undian ini dengan pecahan peratus menunjukkan sebanyak 50.85% pengunjung adalah di kalangan lelaki manakala selebihnya adalah di kalangan wanita. Keputusan soal selidik menunjukkan 93.44% pelanggan SSM telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh SSM.

Bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan, beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihak SSM iaitu:
  • Melantik lebih ramai pegawai khidmat pelanggan bagi membantu pelanggan
  • Memperluaskan perkhidmatan SSM di Bank Kerjasama Rakyat Berhad
  • Perkhidmatan SSM seperti pendaftaran dan pembaharuan perniagaan boleh dilakukan secara dalam talian di ezbiz.ssm.com.my
Terima kasih.​


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC