A. | Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali. |
B. | Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain. |
C. | Kawal kenyataan anda, sila gunakan perkataan dan ayat dengan tatabahasa yang tepat, termasuk elakkan dari mengeluarkan sebarang perkataan kesat dan berbentuk kenegerian. |
D. | Tidak dibenarkan bersembang atau menghantar ayat dan mesej yang lari daripada topik utama. |
E. | Sebarang topik dan pautan kepada sebarang laman web LUCAH dan menyalahi undang-undang negara adalah DILARANG sama sekali. |
F. | Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain. |
G. | DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai forum untuk menjalankan sebarang peraduan, pemasaran produk atau perkhidmatan, promosi skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya. |
H. | Tidak dibenarkan memuat naik sebarang fail atau lampiran yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain. |
I. | SSM selaku pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri. |
J. | Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan. |
K. | Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis. |
L. | Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak pentadbir. |
M. | SSM tidak memberikan sebarang ganjaran kepada peserta yang terlibat dalam proses E-Penyertaan ini. |