Revenue Management System (RMS)
Revenue Management System (RMS) merupakan sistem pengurusan kutipan hasil SSM berpusat yang berintegrasi secara menyeluruh dengan sistem-sistem SSM. Selain berfungsi sebagai sistem kutipan yang menjana resit-resit rasmi SSM, RMS juga mengurus dan memantau pengeluaran inbois-inbois SSM, permohonan bayaran balik (refund) serta menyokong pengurusan hasil SSM secara lebih sistematik.
RMS menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
- Pengurusan kutipan hasil SSM: penerimaan bayaran daripada pelbagai saluran portal perkhidmatan SSM;
- Pengurusan bayaran balik: memproses dan mengurus permohonan bayaran balik yang dikemukakan oleh pelanggan SSM; dan
- Pengurusan pengeluaran inbois: pemantauan dan penerimaan kutipan bagi bayaran inbois yang dikeluarkan oleh SSM melalui platform RMS.
Soalan-Soalan Lazim
Bil.
| Tajuk
| Format |
|---|
1.
| Pembayaran Dalam Talian Melalui Portal Revenue Management System (RMS) | PDF
|
2.
| Permohonan Bayaran Balik SSM Melalui Portal Revenue Management System (RMS) | PDF
|
Manual Pengguna
Bil.
| Tajuk
| Format |
|---|
1.
| Manual Pengguna Revenue Management System (RMS) | PDF
|