Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
Bagaimana Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan?
- Permohonan Pembaharuan Perniagaan boleh dilakukan di kaunter SSM, Bank Simpanan Nasional, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Ezbiz Kiosk atau secara dalam talian di
ezbiz.ssm.com.my. Ianya boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat pendaftaran tamat atau pembaharuan terdahulu. Rujuk Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan
- Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.
- Perniagaan yang telah tamat melebih 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan tersebut.
Siapa boleh menghantar Borang A1?
Pemilik/ salah seorang rakan kongsi/ orang bertanggungjawab yang hadir memajukan Borang A1.
Fi?
Nama tred – RM60 setahun
Nama personal – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan
Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan