Sign In
​Penasihat Perniagaan SSM​​

Unit Penasihat Perniagaan diperkenalkan pada 3 Julai 2017 sebagai salah satu cara penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di SSM. Unit ini bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perundingan yang berkualiti dan holistik dengan memberikan maklumat terkini mengenai proses persediaan perniagaan di Malaysia.

Sebagai permulaan, perkara asas yang perlu diketahui umum ialah kepentingan mendaftarkan perniagaan anda.

Kelebihan mendaftar dengan SSM​

1. Nama unik​
  • Nama perniagaan tersebut menjadi hak eksklusif anda dan tidak boleh diguna pakai oleh orang lain setelah anda mendaftar dengan SSM.
2. Perniagaan anda lebih diyakini
  • Pelabur dan pengguna akan lebih meyakini sesuatu perniagaan yang didaftarkan dengan SSM kerana hak pengguna sebagai pembeli akan lebih terjamin.
3. Memudahkan urusan dengan pihak ketiga
  • Usahawan dan peniaga akan mendapat peluang dari segi bantuan kerajaan untuk meningkatkan perniagaan sebagai contoh geran dan dana perniagaan.
  • Memudahkan urusan pembukaan akaun bank bagi tujuan perniagaan kerana mempunyai dokumen-dokumen rasmi seperti Sijil Perniagaan SSM.
4. Keyakinan pengguna untuk berurusan dengan sesebuah perniagaan adalah lebih tinggi
  • Pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan pembangunan komuniti dan prospek perniagaan.
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu membuat pertimbangan jenis entiti perniagaan yang bersesuaian dengan anda.

Berikut adalah jenis-jenis entiti perniagaan yang boleh didaftarkan di bawah SSM:
a) Perniagaan milikan tunggal / perkongsian - Dijalankan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197);
b) Syarikat -Sebuah perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777); dan​
c) Perkongsian Liabiliti Terhad - Sebuah perniagaan alternatif di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 (Akta 743) yang menggabungkan ciri-ciri syarikat persendirian dan perkongsian konvensional.

Bagi warga asing, anda boleh memilih untuk:
(a) Mendaftar syarikat tempatan; atau​​
(b) Mendaftar syarikat asing.

Entiti perniagaan yang boleh didaftarkan oleh warga asing di SSM adalah:
(a) Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT); dan
(b) Syarikat Sendirian Berhad (sama ada sebagai Sdn. Bhd., atau Syarikat Asing).​

Apabila memulakan suatu perniagaan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebagai persediaan. Di antara maklumat-maklumat yang perlu anda ambil maklum ialah:
1. Maklumat berkenaan pelesenan (MalaysiaBiz, BLESS)
2. Maklumat berkenaan pembiayaan (SMEinfo, MAGIC)
3. Maklumat berkenaan latihan (SMEinfo, MAGIC)​

Nota:
Link kepada MalaysiaBiz - https://malaysiabiz.gov.my/en 



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC