Sistem MyLLP adalah aplikasi atas talian yang disediakan oleh SSM untuk pendaftaran bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), di mana ia dikawalselia dibawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. PLT merupakan bentuk perniagaan alternatif yang menawarkan ciri-ciri hibrid di antara perkongsian konvensional dan syarikat.
Sistem MyLLP boleh diakses menerusi
Portal SSM4U atau di www.ssm4u.com.my.
Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan didalam sistem MyLLP:
- Pendaftaran Pengguna
- Permohonan Penempahan Nama
- Pendaftaran
- Pertukaran Maklumat
- Perakuan Tahunan
- Permohonan Pertukaran Nama
- Permohonan Lanjutan Masa
- Permohonan Penggulungan Secara Sukarela, Pendaftaran Dokumen Berkaitan Penggulungan Oleh Mahkamah Dan Pendaftaran Dokumen Berkaitan Pelikuidasian Atau Pembubaran PLT Asing
- Rektifikasi
- Perintah Mahkamah
Maklumat lanjut berkaitan PLT boleh dirujuk di
sini.