Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Pendaftaran Domain


Inisiatif Malaysia Businesses & Companies Go.MY

Malaysia Businesses & Companies Go.MY merupakan satu inisiatif kolaboratif antara MYNIC Berhad dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dalam memudahkan perniagaan baharu yang berdaftar dengan SSM memperoleh nama domain “.COM.MY". Usaha ini berperanan memperkukuh penglibatan digital dan capaian dalam talian perniagaan tempatan dengan lebih mudah dan pantas.

Inisiatif ini membolehkan perniagaan menikmati harga RM60 setahun untuk pendaftaran nama domain .COM.MY, di mana harga biasa bagi pendaftaran ini adalah RM80.

 Pendaftaran nama domain .COM.MY melalui inisiatif ini hanya melibatkan satu nama domain bagi setiap perniagaan berdaftar dan tidak termasuk kategori nama domain lain seperti .MY, .BIZ.MY, atau .ORG.MY.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MYNIC di pautan www.mynic.my .

​Soalan Lazim Pendaftaran Domain



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC