Maklumat SSM e-Advertisement
SSM e-Advertisement
SSM e-Advertisement merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh SSM sebagai platform untuk mengiklankan atau menyiarkan maklumat statutori syarikat dan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berdasarkan peruntukan akta seperti berikut:
i. Seksyen 612A Akta Syarikat 2016 berkuat kuasa pada 1 April 2024; dan
ii. Seksyen 76A Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 berkuat kuasa pada 16 April 2025.
Perkhidmatan ini disediakan sebagai alternatif kepada syarikat dan PLT untuk menggantikan keperluan statutori bagi mengiklankan atau menyiarkan maklumat statutori yang sebelum ini menggunakan akhbar yang diedarkan secara meluas di seluruh Malaysia.
(a) Permohonan SSM e-Advertisement
Permohonan pengiklanan SSM e-Advertisment boleh dibuat secara dalam talian melalui portal SSM XCESS. Sila layari www.ssm4u.com.my.
Permohonan pengiklanan SSM e-Advertisement untuk syarikat dan PLT boleh dibuat oleh individu-individu seperti berikut:
i. Pengarah Syarikat;
ii. Setiausaha Syarikat;
iii. Pegawai Penerima (syarikat & PLT);
iv. Pegawai Pematuhan PLT;
v. Penama (syarikat & PLT);
vi. Penyelesai Interim (syarikat & PLT);
vii. Penyelesai (syarikat & PLT);
viii. Pengurus Kehakiman Interim (syarikat & PLT);
ix. Pengurus Kehakiman (syarikat & PLT);
x. Pemiutang Syarikat; dan
xi. Peguam Cara Pemohon (syarikat & PLT).
Bagi mengakses perkhidmatan SSM e-Advertisement, pengguna perlu mendaftar dan mengaktifkan akaun sebagai pengguna sah (Verified User) di portal SSM4U terlebih dahulu.
Pengguna boleh mengaktifkan akaun SSM4U dengan dua cara berikut:
i. Hadir ke kaunter SSM yang berhampiran; atau
ii. Pengaktifan secara dalam talian
(b) Fi Permohonan
SSM e-Advertisement
| 500 setiap permohonan
|
(c) Paparan Iklan
Pengguna boleh melayari portal rasmi SSM untuk semakan pengiklanan selepas satu hari dari tarikh permohonan pengiklanan.
Sila layari pautan
www.ssm.com.my dan klik pautan pantas - SSM e-Advertisement
Iklan akan dipaparkan di portal rasmi SSM selama tujuh hari selepas tarikh permohonan pengiklanan.
(d) Maklumat Tambahan
(e) Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
SSM Customer Care (SSMCC)
Menara SSM@Sentral
No. 7, Jalan Stesen Sentral 5 Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur
Telefon: +603-7721 4000
Fax: +603-7721 4001
Emel: enquiry[at]ssm.com.my