Senarai Setiausaha Berdaftar
Seksyen 241 Akta Syarikat 2016 telah dikuatkuasakan bermula pada 15 Mac 2019 yang menghendaki mana-mana individu berkelayakan dan berhasrat untuk bertindak sebagai setiausaha syarikat untuk mendaftar di SSM dan memperolehi Perakuan Amalan Setiausaha sebelum boleh bertindak sebagai setiausaha syarikat.
Peruntukan ini perlu dipatuhi tanpa sebarang pengecualian bagi memastikan objektif utama penguatkuasaan seksyen 241 tercapai iaitu bagi mewujudkan suatu daftar setiausaha syarikat yang komprehensif di Malaysia. Dengan adanya daftar ini, maka pemantauan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih efektif dan efisien dapat dilaksanakan oleh SSM bagi menilai tahap kompetensi dan profesionalisme di kalangan individu yang bertindak sebagai setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat yang kompeten akan memberi impak yang positif terhadap tahap pematuhan dan tadbir urus yang baik di kalangan syarikat dan komuniti korporat di Malaysia.