Sign In

​​​​​Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan​​


Fungsi bahagian ini adalah untuk memberikan makl​umat tentang syarikat dan perniagaan dengan cepat dan cekap sehingga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. Selain itu, bahagian ini juga mengembangkan produk dan perkhidmatan baru untuk meningkatkan sumber pendapatan untuk SSM. ​

Seksyen Produk dan Pembangunan Perniagaan

  • Menentukan saluran hasil kewangan alternatif.
  • Mengenalpasti kehendak pelanggan dan menjangka tingkah laku pelanggan melalui kajian pasaran.
  • Membangunkan konsep-konsep produk baru dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  • Berkerjasama dengan Seksyen Komunikasi Korporat untuk memasarkan produk dan perkhidmatan.

Seksyen Pengurusan Khidmat Pelanggan

  • Menguruskan pertanyaan dan aduan oleh pelanggan melalui panggilan telefon dan e-mel.
  • Menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan.
  • Menguruskan pengaktifan akaun pengguna dan pembekalan maklumat korporat.
  • Mengambil tindakan proaktif bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan di kaunter perkhidmatan.
  • Melaksanakan kaji selidik indeks kepuasan pelanggan secara tahunan.

Seksyen Khidmat Nasihat Perniagaan dan Statistik

  • Memproses penerimaan permohonan dan pelaksanaan cadangan produk baharu atau penambahbaikan produk sedia ada oleh pihak luar atau dalaman.
  • Memproses data perniagaan dan syarikat yang telah disuaipadan mengikut kehendak pelanggan.
  • Memberi khidmat nasihat yang merangkumi topik berkaitan dengan penubuhan entiti perniagaan dan agensi-agensi yang berkaitan.
  • Mengurus dan memperaku pensijilan SSM BizTrust kepada entiti perniagaan dalam talian yang telah mematuhi prinsip dan kriteria SSM BizTrust iaitu pendaftaran, privasi dan keselamatan web perniagaan.

Seksyen Pendaftaran Perniagaan

  • Pendaftaran Perniagaan Baru
    • Mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
    • Menggunakan nama sendiri seperti dalm kad pengenalan atau menggunakn nama 'tred'
  • Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan
    • Mendaftarkan perubahn alamat utama perniagaan, jenis perniagaan dijalankan, penambahan atau penutupan cawangan dan perubahan maklumat pemilik.
  • Pembaharuan Perakuan Pendaftaran Perniagaan
  • Pendaftaran Penamatan Perniagaan
  • Memberi khidmat nasihat kepada pelanggan berkaitan pendaftarn perniagaan.​





MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC