​Prosedur Permohonan Perakuan Amalan Setiausaha Syarikat



Semua permohonan yang berkaitan dengan intermediari korporat, termasuk "Permohonan Lesen Setiausaha Syarikat", hendaklah dikemukakan melalui Corporate Registry System (CRS)​ menerusi Corporate Intermediaries Registration. Pemohon yang belum mempunyai akaun SSM4U dikehendaki mendaftar sebagai pengguna melalui SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan mereka secara dalam talian. 

Dokumen-dokumen berikut hendaklah dimuat naik ke dalam sistem:

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / kad pengenalan yang sah;
  • ​Salinan gambar berukuran pasport yang terkini;
  • Salinan Surat Tawaran Pekerjaan yang berkaitan dengan pengalaman bekerja dalam amalan kesetiausahaan syarikat (In-House Company Secretary);
  • Salinan keputusan Carian Kebankrapan yang sah dan terkini;
  • Salinan sijil keahlian (jika berkaitan dengan kelayakan setiausaha);
  • Salinan resit pembayaran yuran keahlian tahunan (jika berkaitan dengan kelayakan setiausaha); dan
  • Salinan Sijil Penyertaan bagi kursus-kursus untuk melengkapkan mata Pendidikan Profesional Berterusan (Continuing Professional Education – CPE) yang masih belum dipenuhi (jika berkenaan).
Pemohon dikehendaki membayar fi sebanyak RM100 untuk permohonan. ​Fi yang telah dibayar adalah tidak akan dikembalikan.