Prosedur Pendaftaran sebagai Juruaudit Diluluskan
Perkhidmatan ini terpakai kepada individu yang telah memperoleh kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk didaftarkan sebagai Juruaudit Diluluskan dengan SSM di bawah Seksyen 263 Akta Syarikat 2016 (AS 2016).
Perkhidmatan berikut disediakan untuk dikemukakan oleh Juruaudit Diluluskan melalui
Corporate Registry System (CRS) menerusi modul
Corporate Intermediaries Registration (CIR):
Bagi proses Kelulusan JANM sebagai Juruaudit Diluluskan, pengesahan secara dalam talian oleh JANM diperlukan sebelum maklumat juruaudit dapat didaftarkan dengan SSM. Pemohon yang tidak mempunyai akaun SSM4U hendaklah mendaftar akaun SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan secara dalam talian.