Prosedur Permohonan Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Syarikat
Semua permohonan yang berkaitan dengan intermediari korporat, termasuk "Permohonan Pembaharuan Perakuan Amalan Setiausaha Syarikat" hendaklah dikemukakan melalui
Corporate Registry System (CRS) menerusi modul
Corporate Intermediaries Registration. Pemohon yang belum mempunyai akaun SSM4U dikehendaki mendaftar sebagai pengguna melalui SSM4U bagi mendapatkan akses ke portal CRS sebelum mengemukakan permohonan mereka secara dalam talian.
Sila pastikan mata CPE anda telah dikemas kini dalam CRS melalui fungsi "Kemas Kini Maklumat Perakuan Amalan Setiausaha Syarikat" sebelum meneruskan permohonan pembaharuan Perakuan Amalan (PC) Setiausaha Syarikat anda.
Permohonan pembaharuan perakuan amalan setiausaha hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum tarikh luput perakuan amalan setiausaha, berserta fi permohonan yang telah ditetapkan. Fi permohonan yang telah dibayar adalah tidak akan dikembalikan.