​Prosedur Mengemas Kini Maklumat Firma Juruaudit


​Permohonan Pemberitahuan Perubahan dalam Daftar Firma Juruaudit hendaklah dikemukakan melalui Corporate Registry System (CRS)​ menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR) oleh mana-mana rakan kongsi firma yang berdaftar sebagai Pengguna Profesional.

Pemberitahuan ini hendaklah dikemukakan bagi memaklumkan kepada SSM mengenai sebarang perubahan berkaitan Firma Juruaudit, termasuk:​

  • Kemaskini maklumat (alamat utama firma, alamat cawangan, maklumat perhubungan, maklumat rakan kongsi dan maklumat pekerja) – Diluluskan secara automatik sekiranya semua syarat dipenuhi;
  • Penukaran kepada PLT – Maklumat PLT yang berkaitan hendaklah didaftarkan atau dikemas kini terlebih dahulu sebelum permohonan penukaran dikemukakan dan tertakluk kepada kelulusan Pegawai SSM;
  • Pertukaran nama firma – Tertakluk kepada kelulusan Pegawai SSM; dan
  • ​Penamatan firma – Tertakluk kepada kelulusan Pegawai SSM.