Pemberitahuan Pemberhentian Jawatan sebagai Juruaudit oleh Syarikat (Seksyen 277 & 278 as 2016)


Menurut Seksyen 277 Akta Syarikat 2016 (AS 2016), apabila menerima notis khas mengenai niat untuk memberhentikan seorang juruaudit daripada jawatan, syarikat hendaklah dengan serta-merta mengemukakan "Notis Khas untuk Memberhentikan Juruaudit" kepada Pendaftar melalui Corporate Registry System (CRS) menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR) dan menghantar salinan notis tersebut kepada juruaudit yang dicadangkan untuk diberhentikan.

Selepas resolusi untuk memberhentikan juruaudit daripada jawatan diluluskan di bawah Seksyen 276 AS 2016, syarikat hendaklah memaklumkan Pendaftar mengenai perkara tersebut dengan mengemukakan "Resolusi untuk Memberhentikan Juruaudit daripada Jawatan" selaras dengan Seksyen 278 AS 2016 melalui CRS menerusi modul CIR.

Sekiranya mesyuarat tidak diadakan atau tiada resolusi diluluskan untuk memberhentikan juruaudit daripada jawatan, syarikat boleh mengemukakan permohonan "Penarikan Balik Pemberitahuan Notis Khas" melalui sistem CRS menerusi modul CIR.