Pemberitahuan Pemberhentian Jawatan oleh Juruaudit (Seksyen 284 AS 2016)
(a) Penyata keadaan berkaitan dengan peletakan jawatan juruaudit
Juruaudit hendaklah mengemukakan "Penyata Keadaan Berkaitan dengan Peletakan Jawatan Juruaudit" kepada Pendaftar melalui
Corporate Registry System (CRS) menerusi modul
Corporate Intermediaries Registration (CIR) sekiranya notis peletakan jawatan disertakan dengan penyata keadaan berkaitan dengan peletakan jawatan tersebut.
Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar dalam tempoh 7 hari dari tarikh pengemukaan notis peletakan jawatan.
Sekiranya notis peletakan jawatan tidak disertakan dengan penyata keadaan berkaitan dengan peletakan jawatan, juruaudit tidak dikehendaki mengemukakan sebarang penyata kepada Pendaftar.
(b) Representasi bertulis berkaitan dengan pemberhentian juruaudit
Juruaudit hendaklah mengemukakan pemberitahuan "Representasi Bertulis Berkaitan dengan Pemberhentian Juruaudit" melalui Corporate Registry System (CRS) menerusi modul Corporate Intermediaries Registration (CIR) selepas mengemukakan representasi bertulis tersebut kepada syarikat.
Representasi bertulis tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan notis khas.