Sign In
Notis Makluman Gangguan MyCoID dan MBRS

​Untuk makluman, perkhidmatan melalui sistem MyCoID dan Malaysian Business Reporting System (MBRS) sedang mengalami capaian sistem yang perlahan disebabkan terdapat trafik yang tinggi bagi serah simpan dokumen-dokumen yang tertentu dalam waktu puncak susulan daripada kerja-kerja migrasi pusat data SSM untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan SSM.

Sehubungan dengan itu, sekiranya Tuan/ Puan terkesan dengan masalah capaian sistem ini, Tuan/ Puan boleh membuat serah simpan dokumen-dokumen berikut melalui perkhidmatan kaunter SSM di seluruh negara bermula pada 27 Januari 2023:

1. Penyata Tahunan;
2. Penyata Kewangan; dan
3. 'Notification of Charge in the Register of Directors, Manager & Secretaries' di bawah Seksyen 58 Akata Syarikat 2016.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel di enquiry[at]ssm.com.my.

Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul.

Sekian, terima kasih.

SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA
26 Januari 2023


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC