Sign In
Operasi Kaunter Perkhidmatan SSM Dibuka Semula Melalui Kaedah Temu Janji Kecuali Kawasan PKPD

​Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan membuka semula operasi kaunter perkhidmatan kepada pelanggan berkuatkuasa 2 Julai 2021 (Jumaat), setiap hari bekerja bagi tempoh empat (4) jam bermula 8.15 pagi hingga 12.15 tengah hari kecuali di kawasan bawah PKPD. 

Namun, operasi pejabat SSM di kawasan PKPD berikut ditutup mulai 5 Julai 2021 sehingga tarikh yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan:

Pejabat Negeri SSM Selangor
Blok 9,10 & 11, Kompleks KPPMS,
Lot 291 Jalan RU 3/9A
Seksyen 3
40000 Shah Alam, Selangor.

Pejabat Negeri SSM Pahang
B2 & B4, Aras Bawah Suria Atabara
Jalan IM 7/2
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan, Pahang

Pelanggan yang mempunyai TEMUJANJI SAHAJA dibenarkan hadir berurusan di pejabat-pejabat SSM seluruh negara kecuali kawasan di bawah PKPD. Untuk membuat temujanji, pelanggan dikehendaki mengisi Borang Temujanji yang boleh diakses di portal rasmi SSM, www.ssm.com.my. Walk-in tidak dibenarkan.

Bagi semua transaksi berkaitan SSM, pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan dalam talian SSM melalui pautan berikut:    

(a) Portal EzBiz - https://ezbiz.ssm.com.my​ 
(b) Portal MyCoID - https://mycoid2016.ssm.com.my 
(c) Portal MyLLP - https://www.myllp.com.my 
(d) Portal e-Info - https://www.ssm-einfo.my 
(e) Portal MyData - https://www.mydata-ssm.com.my 
(f) Portal MBRS - https://www.ssm4u.com.my 
(g) Portal e-Secretary - https://esecretary.ssm.com.my 
(h) Portal e-COMTRAC - https://e-comtrac.ssm.com.my 
(i) Rayuan kompaun - E-mel kepada ar_compliance@ssm.com.my 
(j) Aduan - E-mel kepada aduan@ssm.com.my
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila kemukakan melalui e-mel ke enquiry@ssm.com.my

Sekian, terima kasih.

4 JULAI 2021

Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC