Sign In
SSM Digital Certified True Copy (DCTC) QR Code Reader Dan Web Checker

Pelanggan yang dihormati, ​

Seperti yang anda sedia maklum, SSM telah memperkenalkan SSM DCTC QR Code Reader dan Web Checker bagi semakan dokumen / produk SSM yang disahkan benar secara digital pada 11 November 2019.

Untuk makluman, SSM DCTC QR Code Reader dan Web Checker ini adalah bagi menggantikan Secured QR Code Reader Pos Digicert dan MyData CTC Checker.   

Sehubungan itu, SSM DCTC QR Code Reader kini boleh dimuat turun melalui Aplikasi SSM QR Code Reader dari Google Play (Android) dan juga App Store (iOS).  SSM Web Checker boleh diakses melalui pautan https://ssm4u.com.my bagi membuat semakan dokumen / produk yang dikeluarkan oleh SSM. 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 / emel di  enquiry@ssm.com.my.  

Sekian, terima kasih. 



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC