Sign In
Pelaksanaan Format Baharu Nombor Pendaftaran Bagi Entiti Perniagaan Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

​Pelanggan yang dihormati,

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggunakan format baharu nombor pendaftaran yang mengandungi 12 digit aksara bagi nombor pendaftaran syarikat, perniagaan dan Perkongsian Liabiliti Terhad mulai 11 Oktober 2019.

Format baharu nombor pendaftaran ini akan dipaparkan di dalam semua maklumat korporat SSM yang dibekalkan kepada pelanggan. Sila ambil maklum bahawa sepanjang tempoh peralihan, nombor pendaftaran yang sedia ada akan dipaparkan bersama dengan format baharu (Contoh: Nama: AMS Setia Jaya Sdn. Bhd. No. Pendaftaran: 201901000005 (1312525-A) untuk tempoh masa yang akan dimuktamadkan kemudian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel ke enquiry@ssm.com.my

Sekian, terima kasih.​


Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC