Sign In
Semakan Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Menerusi E-Kompaun

​Untuk makluman, Individu, pemilik perniagaan, syarikat serta pengarah-pengarah syarikat boleh membuat semakan dan pengesahan berhubung notis kompaun yang dikeluarkan melibatkan kesalahan di bawah akta-akta yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui modul e-kompaun di laman sesawang www.ssm.com.my


Semakan boleh dilakukan dengan memasukkan nombor entiti (nombor kad pengenalan atau nombor syarikat / nombor pendaftaran perniagaan). Sekiranya terdapat notis kompaun tertunggak, paparan nombor notis kompaun berserta nombor entiti akan dipaparkan di skrin semakan e-kompaun tersebut.

Bagi mendapatkan maklumat terperinci berkaitan kompaun tersebut, pihak-pihak yang berkaitan boleh merujuk mana-mana Pejabat SSM seluruh Malaysia,  atau emel kepada ar_compliance@ssm.com.my atau hubungi Unit Pengurusan Pematuhan di talian 03-22995334.



Attachments
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC