Serahsimpan Tahunan
Apakah kepentingan serahsimpan tahunan syarikat?
Di bawah Akta Syarikat 2016, semua syarikat yang berdaftar dengan SSM perlu membuat serahsimpan Dokumen Berkanun seperti dibawah:
Penyata Tahunan
Penyata Tahunan (PT) merangkumi semua maklumat syarikat seperti aktiviti perniagaan, alamat perniagaan, alamat berdaftar syarikat, maklumat pengarah, setiausaha syarikat dan pemegang saham / Ahli Syarikat. Segala maklumat ini perlu diserahsimpan setiap tahun dalam tempoh sebulan daripada tarikh ulang tahun bagi syarikat tempatan, manakala bagi syarikat asing adalah pada tarikh syarikat didaftarkan.
Dengan serahsimpan dokumen ini, pihak berkepentingan dapat mengenalpasti maklumat syarikat secara keseluruhan pada tarikh ulang tahun atau tarikh berdaftar dalam tahun serahsimpan tersebut. Maklumat yang diberikan juga membantu pihak berkepentingan untuk membentuk pemahaman tentang syarikat.
Penyata Kewangan dan Laporan
Penyata Kewangan dan Laporan (PK) mengandungi maklumat yang bermanfaat dan boleh digunakan oleh pihak berkepentingan untuk menilai kedudukan kewangan syarikat.
Pengarah syarikat adalah bertanggungjawab untuk memastikan sistem kawalan dalaman bagi PK dapat diselia dan dikawal agar penyediaannya benar dan saksama.
Manakala, pegawai syarikat yang lain harus memastikan serahsimpan dokumen dibuat dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Bilakah tempoh masa serahsimpan tahunan?
Tempoh garis masa serahsimpan adalah seperti jadual dibawah:
Penyata Tahunan (PT) | |
Penyata Kewangan & Laporan (PK) |
Syarikat Persendirian |
Syarikat Awam | |
Syarikat Persendirian |
Syarikat Awam |
dalam tempoh 30 hari dari tarikh ulang tahun atau berdasarkan tarikh syarikat didaftarkan di Malaysia
| | dalam tempoh 30 hari dari tarikh edaran PK kepada ahli syarikat | dalam tempoh 30 hari dari Mesyuarat Agung Tahunan
|
Apakah yang perlu dilakukan sebelum serahsimpan dibuat?
Setiausaha syarikat perlu memastikan sebarang perubahan maklumat syarikat yang berlaku sebelum tarikh ulang tahun dilakukan melalui sistem MyCoID 2016. Ini bagi memastikan perubahan maklumat yang diluluskan sahaja akan dipaparkan di dalam mTool semasa penyediaan Penyata Tahunan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Arahan Amalan 5/2018 – Serah Simpan Penyata Tahunan dan Perubahan atau Pengemaskinian Butir-Butir Syarikat yang Perlu Diserah Simpan dalam Penyata Tahunan.
Berapakah fi serahsimpan tahunan?
Fi penyerahan adalah berdasarkan status syarikat seperti berikut:
Akta Syarikat 2016 - Jadual (Peraturan 8) |
Fi (RM) |
Penyata Tahunan (PT) |
b. Syarikat Awam |
150.00
500.00 |
a. Syarikat Asing |
500.00 |
Penyata Kewangan dan Laporan (PK) |
a. Syarikat Persendirian | -
Penyata Kewangan dan Laporan Beraudit
-
Penyata Kewangan dan Laporan Tidak Beraudit
|
50.00
20.00 |
b. Syarikat Awam | -
Penyata Kewangan dan Laporan Beraudit
|
200.00 |
|
200.00 |
d. Sijil Syarikat Persendirian yang dikecualikan |
200.00 |
Permohonan pengecualian berkaitan PT & PK |
Permohonan lanjutan masa / Pengenepian serahsimpan / Pengecualian terhadap PK atau PT |
100.00
Setiap permohonan |
Rayuan kepada Menteri di bawah Akta Seksyen 27 atau 247 |
300.00 |
Siapakah yang perlu membuat serahsimpan?
Hanya Setiausaha Syarikat atau Ejen Syarikat berlesen yang dilantik boleh menyerahkan dokumen tahunan kepada Pendaftar dalam sistem MBRS.
Bagaimanakah penyediaan serahsimpan dilakukan?
Penyediaan dan penyerahan dokumen tahunan boleh dibuat menggunakan sistem Malaysia Business Reporting System (MBRS). Terdapat dua komponen utama sistem iaitu, MBRS Preparation Tool dan MBRS Portal.
Syarikat boleh melakukan menyediakan PT dan PK, dalam aplikasi percuma yang disediakan oleh SSM yang dikenali sebagai MBRS Preparation Tool (mTool).
- Ini adalah aplikasi luar talian yang membolehkan pengguna melakukan persediaan maklumat tanpa perlu capaian kepada jaringan internet;
- Pengesahan asas data yang disediakan juga boleh disemak daripada mTool itu sendiri; dan
- Setelah butiran disemak dan lulus dalam validasi asas ini, sistem akan menjana fail XBRL untuk tujuan serahsimpan.
Berbeza dengan mTool, Portal MBRS (mPortal) perlu di akses di kawasan yang terdapat liputan internet tersedia. mPortal ini boleh diakses melalui
SSM4U.
Selain daripada menyediakan dokumen tahunan, MBRS juga membenarkan penyediaan Permohonan Pengecualian (EA) berkaitan PT dan PK dilakukan. Untuk skop penuh pemfailan MBRS, sila rujuk
MBRS Summary Sheet sebagai rujukan.
Siapakah yang boleh mempunyai akses kepada platform MBRS?
SSM mengehadkan peranan yang berbeza bagi akses tertentu dalam platform MBRS. Fungsi Maker dan Lodger adalah seperti yang diterangkan dalam jadual berikut:
Siapakah yang boleh menjadi Maker?
Sesiapa sahaja yang dilantik oleh setiausaha syarikat atau ejen syarikat boleh menjadi Maker. Maker biasanya akan membantu dalam menyediakan butiran untuk penyerahan tahunan ini.
Fungsi-fungsi Maker dalam MBRS adalah seperti berikut: |
mTOOL |
mPORTAL |
-
Boleh memuat turun mTool;
-
Boleh mengisi maklumat; dan
-
Boleh meneruskan proses validasi untuk menjana pemfailan XBRL.
| -
Boleh memuat naik fail XBRL ke dalam mPortal. Fungsi ini hanya terpakai setelah Lodger berjaya melantik dan meluluskan perhubungannya dengan Maker melalui mPortal; dan
-
Boleh membuat semakan sejarah pemfailan.
|
Siapakah yang boleh menjadi Lodger?
Hanya setiausaha syarikat berlesen yang dilantik atau ejen syarikat boleh menjadi Lodger. Lodger harus memastikan bahawa fail XBRL yang disediakan perlu mengikut peruntukan Akta Syarikat 2016 serta segala peraturan-peraturannya.
Fungsi-fungsi Lodger dalam MBRS adalah seperti berikut: |
mTOOL |
mPORTAL |
-
Boleh memuat turun mTool;
-
Boleh mengisi maklumat; dan
-
Boleh meneruskan proses validasi untuk menjana pemfailan XBRL.
| -
Menguruskan pelantikan atau pemberhentian Maker bagi membantunya menjalankan pelaporan dokumen tahunan;
-
Membuat semakan ke atas fail XBRL yang dimuatnaik oleh Maker;
-
Perlu melulus atau menolak fail XBRL yang dimuat naik oleh Maker;
-
Boleh menandatangan fail XBRL secara digital;
-
Membuat pembayaran fi dan serahsimpan fail XBRL kepada Pendaftar melalui mPortal.
-
Memohon rektifikasi bagi PT ataupun PK syarikat yang ditadbir.
-
Boleh membuat semakan sejarah pemfailan.
|
Carta ringkasan serahsimpan MBRS:
Adakah penyediaan dokumen tahunan hanya boleh menggunakan MBRS sahaja?
Memandangkan platform penyerahan MBRS adalah berdasarkan format
eXtensible Business Reporting Language (XBRL), semua butiran berkenaan sistem didedahkan terutamanya kepada pembekal perisian yang berminat. Ini adalah untuk menggalakkan pembekal perisian menyediakan sistem alternatif kepada pengguna mengikut kesesuaian pengoperasian perniagaan sedia ada dengan menggunakan semula Taxonomy SSM XBRL (
SSMxT 2017) dengan merujuk kepada dokumen penerangan
SSMxT Architecture.
SSMxT telah dibangunkan oleh SSM berdasarkan skop bukan kewangan dan kewangan yang terdiri daripada Akta Syarikat 2016 dan prinsip Piawaian Perakaunan yang diluluskan iaitu Malaysian Private Entity Reporting Standards (MPERS) dan Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS).
Muat turun mTool Installer:
Manual Pengguna
Soalan Lazim (FAQ)
Video
MBRS Preparation Tool (mTool)
Prepare and Generate XBRL file
MBRS Portal (mPortal)
PKI Registration / Digital Certificate