Sign In

​ Pendaftaran Syarikat


Jenis Syarikat 
  1. Syarikat berhad menurut syer
  2. Syarikat berhad menurut jaminan
  3. Syarikat tidak terhad

Ciri-ciri Syarikat

  1. Syarikat hendaklah mempunyai nama;
  2. Seorang atau lebih anggota;
  3. Dalam kes syarikat berhad dengan syer, satu atau lebih syer; dan
  4. Seorang atau lebih pengarah

Keperluan Untuk Pemerbadanan Syarikat

Pemerbadanan syarikat di bawah Akta Syarikat 2016 boleh dilakukan oleh individu yang berhasrat membentuk syarikat. Keperluan asas adalah:​​
  1. Syarikat persendirian – sekurang-kurangnya seorang pengarah yang mempunyai tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat (pemegang saham); atau​
  2. Syarikat awam – sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang mempunyai tempat kediaman utama di Malaysia dan satu anggota syarikat (pemegang saham)

Prosedur Pemerbadanan Syarikat

  1. Keperluan mendapat kelulusan nama syarikat dari SSM.
  2. Permohonan memperbadankan syarikat adalah secara atas talian (online) menggunakan salah satu daripada dua (2) kaedah pemerbadanan iaitu:
    1. Direct Incorporation – gabungan permohonan nama dan proses pemerbadanan syarikat; atau
    2. Name reservation – Menyerah simpan permohonan pemerbadanan dalam tempoh masa 30 hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar (maksimum 180 hari) selepas nama diluluskan.​
  3. Maklumat pemerbadanan yang perlu dilengkapkan adalah seperti yang berikut:
    1. Nama syarikat yang dicadangkan
    2. Status syarikat persendirian atau awam
    3. Jenis perniagaan yang dicadangkan
    4. Alamat pejabat berdaftar​
    5. Alamat Perniagaan 
    6. Maklumat Pengarah dan Anggota
    7. Pengakuan daripada Pengarah dan Anggota
    8. Perakuan Pematuhan daripada individu yang bertanggungjawab atas pemerbadanan
    9. Dokumen tambahan (jika ada)
  4. Sila Klik  disini untuk memperbadankan ​syarikat tempatan

Fii Pendaftaran

  1. Syarikat Berhad mengikut saham RM1,000.00
  2. Company limited by guarantee of RM3,000.00

Nota:

  1. Hanya notis pendaftaran akan dikeluarkan.​
  2. Sijil perakuan pemerbadanan syarikat hanya akan dikeluarkan apabila permohonan dibuat berserta bayaran yang ditetapkan
  3. Setiausaha syarikat perlu dilantik dalam tempoh 30 hari selepas pemerbadanan syarikat.​
  4. Perlembagaan (consitution) syarikat adalah pilihan bukan mandatori bagi syarikat terhad mengikut saham.​
  5. Klik  disini untuk maklumat berkaitan Syarikat Berhad Menurut Jaminan, Permohonan Korporat dan Pendaftaran Syarikat di bawah Akta Syarikat Amanah 1949.​


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC