Sign In

​​​​​Bahagian Perkhidmatan Pendaftaran


​Bahagian ini bertanggungjawab untuk mewujudkan proses pendaftaran syarikat dan perniagaan yang teratur dan berkesan di samping melaksanakan urusan pendaftaran selaras dengan peruntukan akta-akta dan peraturan yang ditadbir. Pada masa yang sama Bahagian ini berperanan memastikan pengemaskinian maklumat korporat dibuat dengan tepat dan menepati piagam pelanggan yang ditetapkan.

Seksyen Pendaftaran Syarikat

  • Carian Nama Syarikat
  • Penubuhan Syarikat
  • Dokumen Am
  • Pendaftaran Gadaian

Seksyen Skim Kepentingan
  • Memastikan pemegang-pemegang skim kepentingan mendapat hak mengguna sepertimana yang dijanjikan dalam surat ikatan amanah.
  • Memastikan operator-operator skim kepentingan mematuhi peruntukan dibawah Akta Skim Kepentingan 2016.
  • Memastikan pemegang-pemegang amanah menjalankan tanggungjawab mereka melindungi kepentingan pemegang-pemegang skim kepentingan.
  • Memastikan industri skim kepentingan boleh mengawalselia sendiri, mewujudkan amalan terbaik dan menghasilkan industri beretika.

Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat

Menyelenggarakan dan mengawas pemerbadanan Akta Syarikat 2016 bagi permohonan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan mendapat kelulusan Pendaftar/Menteri.

  • Pemerbadanan syarikat di bawah Seksyen 45(3) Akta Syarikat 2016.
  • Pemilikan dan pelepasan tanah di bawah Seksyen 45(4) Akta Syarikat 2016.
  • Menggugurkan perkataan ‘Berhad’ di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016.
  • Pelantikan pengarah/pemegang amanah di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016.
  • Meminda Perlembagaan syarikat di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016.
  • Kutipan derma di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016.
  • Lain-lain permohonan di bawah Seksyen 45 Akta Syarikat 2016.
  • Melaksanakan dasar dan garis panduan
Menyelenggarakan permohonan korporat

  • Memproses permohonan lanjutan masa di bawah Seksyen 259(2) dan Seksyen 340(1) Akta Syarikat 2016.
  • Memproses permohonan pengecualian di bawah Seksyen 247(3), 255(1) dan 575(7) Akta Syarikat 2016.
  • Mengendalikan propektus yang diserahsimpan di bawah Seksyen 154 dan 155 Akta Syarikat 2016 berhubung terbitan dan tawaran sekuriti.
  • Mengendalikan laporan suku tahunan dan laporan kewangan di bawah Seksyen 182 Akta Syarikat 2016.
Pendaftaran di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 

Untuk menyelaras pendaftaran syarikat amanah.
 
  • Menyelenggarakan pendaftaran syarikat amanah.
  • Memproses permohonan pendaftaran syarikat amanah.
  • Menyelenggarakan temuduga bagi ketua pegawai eksekutif syarikat amanah.
  • Menyediakan laporan temuduga untuk kelulusan pengarah dan ketua pegawai eksekutif.
Garis Panduan


​​Seksyen Insolvensi
  • Mengendalikan hal-hal berhubung dengan penggulungan syarikat, pembatalan nama syarikat dan Daftar dan pengurusan aset syarikat defunct.
  • Menyimpan rekod syarikat-syarikat yang di dalam proses pembubaran oleh mahkamah dan pembubaran secara sukarela.
  • Memastikan pematuhan Akta Syarikat 1965 yang berkaitan dengan penggulingan dan pembubaran syarikat.
  • Pembatalan nama syarikat dari daftar di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
    1. Pendaftar mempunyai kuasa membatal nama syarikat dari Daftar jika dia mempercayai syarikat tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi.
    2. Memproses permohonan pembatalan nama syarikat dari Daftar.

  • Pengurusan Aset.
    • Mendaftar dan merekod harta-harta yang tertakluk kepada Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 310 Akta Syarikat 1965.

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC