Sign In
​​​​


Penggulungan syarikat merupakan satu proses penamatan kewujudan sesebuah syarikat di sisi undang-undang di mana semua aset syarikat akan dikumpul dan digunakan untuk membayar hutang dan liabiliti syarikat. Sekiranya terdapat baki setelah semua hutang syarikat dibayar, baki tersebut perlu dipulangkan kepada pemegang saham dan penyumbang (contributories) mengikut hak kelayakan (entitlement) mereka. Terdapat 2 cara penggulungan syarikat iaitu:
  • Penggulungan syarikat secara sukarela; dan
  • Penggulungan syarikat melalui perintah Mahkamah.
Proses penggulungan bagi penggulungan syarikat secara sukarela dan penggulungan syarikat melalui Perintah Mahkamah adalah sama bagi kedua-dua Akta Syarikat iaitu Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016). Seksyen 619 AS 2016 memperuntukkan bahawa syarikat yang sedang dalam proses penggulungan sebelum AS 2016 dikuatkuasa perlu meneruskan proses penggulungan menggunakan Akta Syarikat 1965 sehingga syarikat dibubarkan. *Akta Syarikat 2016 berkuatkuasa pada 31 Jan 2017. 

Penggulungan syarikat secara sukarela

Penggulungan secara sukarela pula terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
  • Penggulungan secara sukarela oleh ahli yang dimulakan oleh ahli-ahli syarikat melalui satu resolusi khas untuk membubarkan syarikat tersebut; dan
  • Penggulungan secara sukarela oleh pemiutang melalui satu resolusi khas dalam mesyuarat di antara pemegang saham dan pemiutang yang dibuat untuk membubarkan syarikat tersebut.
Penggulungan syarikat melalui perintah Mahkamah 

Penggulungan syarikat melalui perintah Mahkamah berpunca daripada satu perintah penggulungan syarikat yang diberi oleh Mahkamah atas petisyen yang dibuat oleh mana-mana pihak yang berhak memfailkan petisyen penggulungan syarikat; termasuklah pemiutang syarikat, pelikuidasi, Pendaftar Syarikat atau Pegawai Penerima seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 464 AS 2016 (217 AS1965).





MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC