Sign In


Kumpulan Kerja A (KK A)


Kumpulan Kerja A berhubung Penubuhan Syarikat, Syarikat Persendirian dan Bentuk Alternatif Perniagaan:-

  • Untuk mengkaji sama ada bentuk perniagaan sedia yang sah, iaitu bentuk perkongsian dan korporat, mampu menyediakan pilihan alternatif dan mencukupi untuk mewujudkan bentuk entiti perniagaan yang sah dan membuat cadangan ke atas bentuk baru perniagaan, jika ada; dan
  • untuk mengkaji semula undang-undang semasa, amalan dan prosedur bagi pembentukan dan pemerbadanan syarikat dan pemudahan keperluan pematuhan bagi meringankan beban pentadbiran yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat persendirian contohnya, menghapuskan keperluan audit dan setiausaha syarikat, mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan untuk membentangkan akaun di hadapan ahli-ahli dan kemungkinan untuk mempunyai akaun yang dipermudahkan, kerelevanan doktrin ultra vires, kapasiti syarikat, obligasi membuat laporan dan piawaian membuat laporan dan impak ICT ke atas pembentukan dan obligasi pelaporan syarikat.

Ahli-Ahli Kumpulan

Charon Wardini Mokhzani
Pengerusi, Timbalan Ketua Eksekutif, Commerce International Merchant Bankers Berhad

Y Bhg Datuk Dr. Abdul Samad Alias
Ahli Suruhanjaya, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Cheong Kee Fong
Peguambela & Peguamcara

Abdul Karim Abdul Jalil (berkuat kuasa mulai 1 Sept 2005)
Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Abdul Alim Abdullah (17 Dis 2003 – 31 Ogos 2005)
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif, Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Prof. Dr. Khaw Lake Tee
Universiti Malaya

Eric Kang Shew Meng
Pengamal Setiausaha Syarikat

Dr. Nordin Mohd Zain
Pengarah Teknikal MASB​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC