Sign In

​​

Terma Rujukan


Terma rujukan JPUK adalah seperti berikut:

  1. Untuk menjalankan kajian semula asas undang-undang syarikat teras yang mengawal pembentukan, pengurusan dan penamatan syarikat-syarikat dengan tujuan mencadangkan pembaharuan undang-undang dan/atau pindaan kepada Akta Syarikat 1965;
  2. Untuk mengambil kira apa-apa perubahan perundangan dan kawal selia yang perlu dibuat untuk memodenkan undang-undang syarikat bagi disesuaikan dengan perubahan teknologi maklumat dan komunikasi dan bagi membolehkan undang-undang syarikat memenuhi keperluan semasa dan masa depan perniagaan;
  3. Untuk mengambil kira kaitan antara undang-undang syarikat dan piawai bukan berkanun tingkah laku korporat;
  4. Untuk mengambil kira kaitan antara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa kawal selia lain yang mengawal selia aktiviti-aktiviti korporat dan perniagaan dengan tujuan untuk pengagihan semula bidang kuasa kepada pihak berkuasa pengawalseliaan yang paling sesuai untuk mengurangkan pertindihan dan percanggahan dalam penguatkuasaan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang melibatkan kegiatan korporat dan perniagaan;
  5. Untuk mengambil kira keperluan untuk merumus semula peranan SSM dalam tindakan penguatkuasaan dan sanksi khususnya untuk menentukan gabungan sesuai sanksi sivil dan jenayah;
  6. Untuk melaksanakan kajian semula komprehensif rangka kerja perundangan dan kawal selia yang mempunyai kesan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan syarikat yang mempunyai implikasi undang-undang syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang lain yang mentadbir SSM;
  7. Untuk mengambil kira sama ada bentuk sah perniagaan sedia ada, iaitu perkongsian dan bentuk korporat boleh memberikan pilihan alternatif dan mencukupi bagi menubuhkan bentuk entiti perniagaan yang sah; dan
  8. Untuk membuat apa-apa syor lain yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa.

Kuasa-kuasa yang dilaksanakan oleh JPUK diberikan di bawah seksyen 20 Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001. Seksyen 20 memperuntukkan bahawa SSM boleh mewakilkan mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 19 Suruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 dan SSM telah memberikan kuasa tersebut JPUK untuk menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut dan melakukan semua perkara yang perlu dan berfaedah dan sesuai untuk membolehkan JPUK memenuhi objektif kajian semula dan dengan berkesan melaksanakan terma-terma rujukan. Kuasa-kuasa yang boleh dijalankan oleh JPUK termasuk perkara-perkara berikut:

  1. Melantik kumpulan kerja yang diamanahkan dengan tugas membentuk dan/atau menyediakan draf kandungan terperinci cadangan pindaan kepada perundangan sedia ada atau mencadangkan perundangan baru;
  2. Menjalankan konsultasi dengan badan profesional, kumpulan industri, para pakar, pihak berkuasa kawal selia dan pihak lain yang berkaitan dengan cadangan perundangan dan cadangan peraturan baru dan/atau pindaan kepada perundangan sedia ada;
  3. Menerbitkan dokumen-dokumen penting dan mendedahkan draf konsultasi dan komen; dan
  4. Mencadangkan dan membangunkan polisi undang-undang korporat untuk pertimbangan.​
MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC