Sign In

​​​​​​COMTRAC ​dan Pengurusan Pengetahuan​


​Bahagian Akademi Latihan & Pengurusan Pengetahuan (COMTRAC) Bahagian Akademi Latihan & Pengurusan Pengetahuan (COMTRAC) telah ditubuhkan pada 1 April 2007 dengan tujuan untuk menerajui inisiatif latihan pihak-pihak berkepentingan luar Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Misi COMTRAC adalah untuk melatih dan mendidik para penggerak korporat, selari dengan fungsi SSM seperti yang digariskan di bawah sub-seksyen 17(d) dan 18(2) Akta Seuruhanjaya Syarikat Malaysia 2001 yang menyatakan: 
​​

Sub-seksyen 17(d) “…untuk mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik dan untuk merangsang dan untuk menggalakkan tanggungjawab korporat dan kemampanan perniagaan.

” Sub-seksyen 18(2) “…untuk membuat, menjalankan dan melaksanakan program pendidikan dan latihan yang berhubungan dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”  ​​

MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC