Sign In

​​Maklumat Tempahan


​​​​​Additional Facilities
EquipmentCharges (RM)Complimentary (Upon Request)
Wireless Microphone
100
Rostrum
Lavalier Microphone 
100
Flipchart + markers + eraser
Head Microphone 
100

Syarat-Syarat Tempahan Penyewaan

  1. Permohonan penyewaan kemudahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah terbuka kepada jabatan dan agensi Kerajaan, pertubuhan, persatuan, syarikat dan perniagaan yang berdaftar.
  2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Tempahan atau melalui Seksyen Pengurusan Prasarana, Bahagian Pentadbiran, Perolehan & Prasarana, Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
  3. Borang Permohonan Tempahan yang lengkap serta dokumen sokongan yang berkenaan (jika ada) hendaklah dikemukakan sama ada melalui serahan tangan, email, fax, atau mel kepada:

    Ketua Pegawai Eksekutif,
    Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
    Menara SSM@Sentral,
    No. 7 Jalan Stesen Sentral 5,
    Kuala Lumpur Sentral,
    50623 Kuala Lumpur.
    (u.p Seksyen Pengurusan Prasarana, Bahagian Pentadbiran, Perolehan & Prasarana )

    Tel : 03-2299 4400 Fax : 03-2299 4411
    email : 

  4. Permohonan tempahan hendaklah dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penyewaan. Walau bagaimanapun, permohonan yang dibuat dalam tempoh kurang daripada empat belas (14) hari masih boleh dipertimbangkan tertakluk kepada kekosongan.
  5. Sebarang pembatalan atau perubahan tarikh hendaklah dibuat dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh sewaan tertakluk kepada kekosongan.
  6. SSM berhak untuk meminda atau membatalkan kelulusan tempahan atas kepentingan dan keperluan SSM dengan memberikan notis. Walau bagaimanapun, SSM tidak akan menanggung sebarang kerugian akibat pindaan atau pembatalan tersebut.
  7. Bagi muatturun Borang Permohonan Tempahan dan Syarat-Syarat Penggunaan sila klik link dibawah.

Tempahan dan Penyediaan Makanan dan Minuman

Tempahan penyediaan makanan dan minuman hendaklah dibuat melalui SSM. Makanan dan minuman dari luar adalah tidak dibenarkan.


Pembayaran

Jabatan dan Agensi Kerajaan

  • Jabatan atau agensi Kerajaan hendaklah mengemukakan Pesanan Belian Tempatan (LPO) kepada SSM selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh penggunaan tertakluk kepada kelulusan tempahan.
  • SSM akan mengeluarkan invois berdasarkan kepada LPO yang diterima dan pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh empat belas hari (14) hari dari tarikh invois.

Swasta

  • SSM akan mengemukakan invois berdasarkan kepada kelulusan tempahan dan pembayaran penuh hendaklah dibuat selewat-lewatnya lima (5) hari sebelum tarikh penggunaan. 
  • Bayaran boleh dibuat menggunakan cek, bank deraf, wang pos, atau kiriman wang atas nama SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA atau melalui pindahan bank ke akaun Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti berikut :Nama Akaun Bank : SSM – Akaun Hasil
    Nombor Akaun Bank : 564016-105701
    Nama & Alamat Bank : Malayan Banking Berhad
    Pejabat Utama Kuala Lumpur
    100 Jalan Tun Perak
    50050, Kuala Lumpur
  • Bayaran melalui cek hendaklah dibuat menggunakan cek Jabatan, Agensi, Pertubuhan, Persatuan, Syarikat atau Perniagaan, yang mana berkenaan. SSM tidak menerima pembayaran yang dibuat menggunakan cek persendirian.
  • Bagi pembayaran yang dibuat melalui pindahan bank, maklumat pindahan bank berkenaan hendaklah dikemukakan kepada SSM melalui fax atau email ke alamat spbp@ssm.com.my. Sila ambil perhatian bahawa pembayaran melalui Mesin Deposit Tunai atau Cek (CDM) adalah TIDAK DIBENARKAN.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Seksyen Pengurusan Bangunan & Prasarana(SPBP) seperti berikut;


Syahril Lutfi Syamsul Johar​​​​​​​
​03-2299 5475
Mohd Syahmi Mad Yasir
03-2299 4989
​Shahadan Mohd Nor
03-2299 5465
Mohamad Haini Eszuandi Zainoren
03-2299 5531​​


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC