Suatu permohonan untuk bertukar ke PLT daripada :
- Perkongsian konvensional;
- Syarikat persendirian; atau
- Daripada firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional
Permohonan penukaran kepada PLT
Pendaftaran dibuat oleh Pegawai Pematuhan yang dilantik oleh PLT iaitu:
- Salah seorang rakan kongsi atau setiausaha syarikat (mengikut Akta Syarikat 2016)
- Individu yang merupakan warga negara/penduduk tetap Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Prosedur penukaran taraf syarikat
1. Daripada Perkongsian Konvensional kepada PLT
- Nama dan nombor pendaftaran perkongsian konvensional;
- Tarikh di mana perkongsian konvensional itu didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau apa-apa undang-undang bertulis lain;
- Rakan kongsi terdiri daripada orang yang sama;
- Bahawa pada tarikh permohonan itu, perkongsian konvensional itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
- Nama PLT yang dicadangkan;
- Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
- Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan;
- Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
- Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT;
2. Daripada Syarikat Persendirian kepada PLT
- Nama dan nombor pendaftaran syarikat persendirian;
- Tarikh syarikat persendirian itu diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
- Bahawa pada tarikh permohonan, syarikat persendirian itu didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
- Bahawa pada tarikh permohonan, semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa amaun yang terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah dijelaskan;
- Bahawa syarikat persendirian itu telah menyiarkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan menerbitkan suatu pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk bertukar kepada PLT;
- Bahawa semua pemiutangnya telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar kepada PLT;
- Semua pemegang saham dan pemiutang bersetuju dengan pertukaran
- Nama PLT yang dicadangkan;
- Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
- Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan;
- Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
- Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT;
3. Daripada firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional
- Nama dan nombor pendaftaran (jika ada) firma profesional konvensional itu;
- Tarikh dimana firma profesional konvensional itu didaftarkan di bawah undang-undang berkaitan;
- Bahawa pada tarikh permohonan, firma profesional konvensional didapati boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan;
- Surat kelulusan atau surat tiada bantahan dairpada badan kawal selia sebagaimana ditetapkan dalam ruang ketiga Jadual Pertama Akta PLT 2012;
- Nama PLT yang dicadangkan;
- Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan;
- Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan;
- Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT; dan
- Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT;
Fi pendaftaran
Fi penukaran PLT adalah RM500.00
Nota:
Hanya notis pertukaran taraf akan dikeluarkan.
Sijil perakuan pertukaran taraf syarikat hanya akan diberikan apabila permohonan dibuat berserta bayaran yang ditetapkan.