Mengemukakan Butir-butir Penubuhan Syarikat
Apakah perbezaan antara pemerbadanan terus atau melalui tempahan carian nama?
Pemohon boleh memilih salah satu daripada kaedah ini untuk tujuan pemerbadanan. Perbezaan ketara antara dua (2) proses pemerbadanan ini ialah :
- Pemerbadanan terus (Direct Incorporation) – kaedah pemerbadanan ini akan menggabungkan proses carian nama dan proses pemerbadanan. Oleh itu, pemohon perlu memberikan cadangan nama syarikat bersama-sama dengan kesemua butiran penubuhan semasa proses pendaftaran di dalam sistem CRS ; sementara
- Kaedah permohonan tempahan carian nama hanya memerlukan pemohon mendaftarkan butiran untuk proses carian nama sahaja.
Apakah butiran penting yang diperlukan untuk disediakan semasa proses pemerbadanan?
Setelah menerima pemberitahuan nama yang diluluskan, pemohon hendaklah dalam masa tiga puluh (30) hari meneruskan untuk memfailkan butiran syarikat berdasarkan jadual di bawah:
Butiran
|
Pemerbadanan Syarikat
|
Pengarah
| Pengarah syarikat ialah seseorang yang dipilih atau dilantik untuk menguruskan perniagaan dan hal ehwal syarikat.
Seorang pengarah syarikat mestilah:-
- Sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan berfikiran waras;
- Mempunyai alamat kediaman tetap di Malaysia;
- Tidak diisytiharkan bankrap; dan
- Tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
|
Pemegang Saham
| Pemegang saham adalah pelabur dalam syarikat, tetapi mereka tidak bertanggungjawab untuk pengurusan harian perniagaan syarikat.
Rujuk Garis Panduan Saham maklumat saham untuk butiran lanjut jenis saham, pemindahan dan peruntukkan saham dan sebagainya.
|
Setiausaha Syarikat
| Ahli badan profesional yang dilantik atau dilesenkan oleh SSM.
Pelantikan setiausaha syarikat pertama hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penubuhan; dan
Setiap syarikat mesti mempunyai:
- Sekurang-kurangnya seorang (1) setiausaha yang yang mempunyai kelayakan;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Warganegara/pemastautin tetap Malaysia, yang biasanya tinggal di Malaysia; dan
- Mesti menjadi ahli badan profesional yang dinyatakan dalam Jadual Keempat atau dilesenkan oleh SSM.
Penyerahan pelantikan boleh dibuat melalui
Corporate Registry System (CRS) Portal.
|
Alamat Berdaftar
| Pejabat alamat berdaftar ialah tempat menyimpan semua dokumen, rekod, notis dan semua jaringan komunikasi.
Butiran penuh alamat mestilah lengkap dengan no. unit atau lot, aras atau tingkat, nama bangunan, nama jalan, bandar, poskod & negeri.
Sebuah syarikat hendaklah pada setiap masa mempunyai pejabat berdaftar di Malaysia yang mana semua jaringan komunikasi dan notis boleh disampaikan.
Pejabat berdaftar hendaklah dibuka dan boleh diakses oleh orang ramai pada waktu perniagaan biasa. Pendaftar hendaklah dimaklumkan tentang sebarang perubahan alamat pejabat berdaftar dalam tempoh empat belas (14) hari selepas pertukaran tersebut. |
Perlembagaan
| Syarikat boleh menerima pakai perlembagaan mereka sendiri dan penerimaan hendaklah dibuat melalui resolusi khas;
Syarikat kemudiannya hendaklah menyerahkan perlembagaan kepada Pendaftar dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh diterima pakai.
Apakah kandungan perlembagaan syarikat?
- Objektif syarikat;
- Keupayaan, hak, kuasa atau keistimewaan syarikat jika peruntukan itu menyekat kapasiti, hak, kuasa atau keistimewaan tersebut;
- Perkara yang dipertimbangkan oleh Akta Syarikat 2016 juga perlu dimasukkan dalam perlembagaan; dan
- Sebarang perkara lain yang ingin dimasukkan oleh syarikat dalam perlembagaannya.
Bagaimana untuk membuat serahsimpan? Penyerahan boleh dibuat melalui Corporate Registry System (CRS) Portal.
|
Adakah terdapat sebarang sekatan untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan?
Terdapat beberapa aktiviti perniagaan yang memerlukan surat rujukan daripada pihak berkuasa lain seperti:
64923 (Aktiviti pinjaman wang berlesen)
Surat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya) atau PBT Majlis Bandaraya / Perbandaran perlu dilampirkan semasa membuat permohonan untuk proses pemerbadanan.
Kod MSIC:
25200 (Pembuatan senjata dan peluru)
Aktiviti perniagaan yang berkaitan dengan ketenteraan atau pertahanan seperti penjualan senjata api, bom, senjata perlu mengemukakan borang surat kebenaran Kementerian Dalam Negeri (Kementerian Dalam Negeri Malaysia) semasa mendaftar pemerbadanan.
Beberapa permohonan lain juga mungkin memerlukan dokumen sokongan tambahan seperti:
- Sebagai contoh, jika syarikat yang mempunyai pemegang saham korporat, mereka dikehendaki mendapatkan dokumen kebenaran daripada badan korporat tersebut; atau
- Salinan sijil kelayakan pengarah (jika berkenaan) seperti permohonan untuk penubuhan syarikat di bawah Kod Perkhidmatan Perubatan Am contohnya sijil pengamal perubatan.
Bayaran Pemprosesan
Proses
|
Bayaran
|
Pendaftaran Terus (Tempahan nama dan penubuhan) | RM 1,000.00*
|
Syarikat Berhad Menurut Jaminan
| RM 3,000.00
|
*tanpa lain-lain kos
Ringkasan Langkah-Langkah Pemerbadanan
Langkah
|
Garis Panduan
|
1
| Cara mendaftar untuk pengguna Corporate Registry System (CRS) Portal.
Pemohon boleh melawat https://www.ssm4u.com.my Mendaftar atau log masuk sebagai pengguna individu atau professional; dan isikan maklumat pra- pendaftaran.
|
2
| Untuk mengaktifkan akaun sistem CRS
Pemohon akan menerima e-mel pengaktifan; Sila pilih “VERIFY HERE” Pemohon kemudian boleh mengesahkan akaun mereka di kaunter SSM atau Kiosk tap.it yang terdekat. Layari portal SSM4U, pilih 'Login', masukkan e-mel dan kata laluan, kemudian klik butang "log masuk”.
|
3
| Seterusnya? Pemohon hanya boleh memilih salah satu (1) kaedah daripada tiga (3) pilihan menyerah simpan permohonan pemerbadanan syarikat, iaitu: • Pemerbadanan Melalui Perizaban Nama Syarikat (Name Reservation) • Pemerbadanan Syarikat Secara Terus (Direct Registration) • Keterjaminan Pemerbadanan (Guaranteed Incorporation).
Kemudian pilih status syarikat sama ada untuk menubuhkan syarikat persendirian dan syarikat awam atau syarikat tidak berhad.
|
4
| Lengkapkan Super Form (Seksyen 14) dengan mengisi: - Butir-butir permohonan;
- Perakuan;
- Butiran Permohonan (pengarah, ahli/pemegang saham);
- Maklumat kepada Agensi;
- Bahagian perakuan; dan
- Maklumat penyerah.
|
5
| Setelah semua maklumat telah diisi
- Superform (Seksyen 14) sedia untuk dimuat turun;
- Superform akan dimuat turun dalam bentuk format fail pdf;
- Proses tersebut akan diteruskan dengan pembayaran dalam talian.
|
6
| Apabila permohonan telah diluluskan, anda akan menerima
- Notis kelulusan;
- Notis pendaftaran dan dan
- Superform (Seksyen 14) tidak boleh dimuat turun melalui sistem CRS. Dokumen tersebut perlu dibuat pembelian melalui portal MyData atau e-info.
|
Maklumat Tambahan
Risalah/Video
Soalan Lazim – Topik Pemerbadanan