Sign In

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​Carian Nama Syarikat​​​


Mengapa saya perlu melakukan carian nama sebelum mendaftarkan syarikat?
Setiap syarikat memerlukan nama untuk membezakan syarikatnya daripada entiti perniagaan sedia ada yang lain. Nama itu hendaklah digunakan dalam semua transaksi perniagaan, pemasaran atau semasa berurusan dengan mana-mana pihak ketiga yang lain. Oleh itu, nama syarikat mestilah berbeza daripada entiti berdaftar yang lain untuk mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.   

Bagaimanakah cara untuk memohon carian nama? 
Sesiapa sahaja boleh menjadi pemohon untuk proses carian nama. Pemohon boleh memilih sama ada: 
(i) menempah nama syarikat yang boleh ditempah untuk bilangan maksimum tiga puluh (30) hari selepas tarikh kelulusan; atau 
(ii) menempah nama syarikat dan terus melakukan proses pemerbadanan melalui Direct Incorporation.

Siapa yang boleh memohon untuk carian nama?
Sesiapa sahaja sama ada pengguna profesional atau pengguna individu yang telah berdaftar dengan akaun MyCoID boleh memohon untuk melakukan carian nama syarikat melalui platform MyCoID.

Apakah yang perlu saya perhatikan sebelum melakukan permohonan nama syarikat?
Bagi perkataan-perkataan yang tidak diwartakan atau dikawal oleh pihak berkuasa atau agensi lain, pemohon boleh terus memohon nama tersebut. Anda boleh merujuk kepada Garis Panduan Nama Syarikat​​ untuk butiran lanjut.

Berikut adalah beberapa garis panduan umum yang perlu anda ketahui semasa menamakan syarikat.​
Garis panduan
Contoh yang dibenarkan
Contoh yang tidak dibenarkan
​Gunakan tatabahasa yang betul semasa menggabungkan perkataan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
​- KLINIK RIA HEBAT SDN. BHD.
- PENGURUSAN ADVANCED ROOMS SDN. BHD.
- SUCCESS HOME SDN. BHD.
- JAYA AWAN SDN. BHD.
​- CLINIC RIA HEBAT SDN.BHD.
- ADVANCED JAYA MANAGEMENT SDN. BHD.
- SUCCESS MAJU SDN.BHD.​
Apabila menggunakan perkataan asing selain daripada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, sertakan lampiran tangkapan skrin maksud perkataan tersebut.

Contoh: ​
MI CASA TRADING SDN.BHD.

​Tiada lampiran disertakan.​
Penggunaan simbol dibenarkan dengan sewajarnya.

i) simbol “–” ; dibenarkan untuk perkataan ganda.
ii) simbol “.” ; dibenarkan untuk panggilan nama.
iii) simbol “ ‘ “ ; dibenarkan untuk menunjukkan kepunyaan.
iv) simbol “& ” ; untuk mewakili perkataan 'and' atau 'dan'.
v) simbol “( ) ” ; dibenarkan di penghujung nama syarikat.


RAMA-RAMA MANAGEMENT SDN. BHD.
DR. MAN DENTAL SDN. BHD.
ANIS’S PET SHOP SDN. BHD.
A & A BUSINESS SDN. BHD.
JAYA VENTURES (PJ) SDN. BHD.​

GREENYELLOW-JV CLINIC SDN. BHD.
A.B.C  TRADING SDN. BHD.
D’MAJU CATERERS SDN. BHD.
& AHMAD NASI AYAM SDN. BHD.
JAYA (PJ) VENTURES SDN. BHD.
Perkataan umum yang dianggap sama:

“Company”, “Co”, “Syarikat”, “Perbadanan”, “Corporation”, “Incorporated”, “Holding”, “Group”, “Kumpulan”, “Malaysia”, “(M)”, “Msia”, “Consortium”, “Konsortium”, “Consolidated".

Contoh:
ZIP LEGACY SDN. BHD. (sedia ada)
​Anda boleh memohon:

- ZIP LEGACY MANAGEMENT SDN. BHD.
- ZIP SUCCESS LEGACY SDN.BHD.​
Anda tidak boleh memohon:

- ZIP LEGACY GROUP SDN. BHD.
- ZIP CONSOLIDATED LEGACY SDN. BHD.
- ZIP MALAYSIA LEGACY CONSORTIUM SDN. BHD.​

Walau bagaimanapun, jika nama atau perkataan itu diwartakan, dikawal atau memerlukan sijil kelayakan, pemohon mesti menyertakan surat kebenaran atau sijil daripada pihak masing-masing dan tertakluk kepada ketersediaan nama dan peruntukan di bawah Akta Syarikat 2016. 

Anda boleh merujuk kepada perkataan-perkataan Warta atau rujukan Pihak Berkuasa untuk butiran lanjut. 

Bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh sahlaku kelulusan permohonan nama syarikat yang telah diluluskan?
Tempahan nama yang diluluskan hanya sah selama tiga puluh (30) hari namun jika perlu, pemohon boleh memohon Lanjutan Masa di bawah Tempahan Nama sehingga maksima selama seratus lima puluh (150) hari kepada Pendaftar.

Berapakah fi untuk permohonan carian nama?
​​​Proses
​Fi
Tempahan Nama
​RM 50.00
Pendaftaran Terus (Tempahan nama dan penubuhan)​
​RM 1,000.00
​*tanpa lain-lain kos

Apakah senario yang mungkin menyebabkan atau memerlukan rayuan kepada Menteri?
Jika permohonan carian nama anda sebelum ini telah ditolak oleh Pendaftar, anda boleh memohon rayuan kepada Menteri. Pemohon bagaimanapun mesti bersedia untuk mengemukakan perkara berikut:  
  • Surat bertulis yang menyatakan alasan rayuan;
  • Salinan pemberitahuan e-mel penolakan; 
  • Lain-lain dokumen jika diarahkan dalam e-mel penolakan; dan 
  • Bayaran fi rayuan bernilai RM300.
Pemohon hendaklah memastikan proses rayuan kepada Menteri dimulakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas menerima e-mel pemberitahuan penolakan daripada MyCOID. Pada masa ini, semua proses rayuan boleh dikemukakan di mana-mana pejabat SSM yang berhampiran.

Video


MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC