Sign In

Wawasan Pembaharuan Undang-undang Korporat Di Malaysia


 Tarikh Diterbitkan: 1 Februari 2018

oleh Anil Joshi, LLM

Latar Belakang

Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Korporat (JPUK) telah ditubuhkan oleh Suruhanjaya Syarikat Ma​laysia. Berhubung persoalan-persoalan kenapa, apa, siapa dan bagaimana ditanya berkaitan JPUK. Artikel ini cuba menjawab persoalan di atas dan pelopor artikel-artikel lain di masa hadapan.

Tugas mengkaji semula Akta Syarikat 1965 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Akta’) dipikul oleh ahli-ahli JPUK bukan satu tugas yang mudah. Ini adalah kerana sehingga kini tiada kajian komprehensif telah dilaksanakan sejak penggubalannya pada tahun 1965. JPUK dengan itu tiada laporan dalam negara yang boleh digunakan atau dijadikan asas. Namun di sebalik kekurangan ini, ahli-ahli JPUK adalah komited dalam mengkaji semula Akta dan membuat syor yang perlu kepada pihak kerajaan.

Pihak Kerajaan memberi sokongan terhadap semakan yang dilaksanakan oleh JPUK kerana beriltizam ke arah memastikan agar rangka kerja kawal selia korporat di Malaysia berterusan menggalakkan perniagaan dan daya saing dan amalan ini merupakan pandangan yang komprehensif, moden dan seimbang untuk pembaharuan korporat di Malaysia.

Muat turun versi “An Insight to Corporate Law Reform In Malaysia” (.pdf)​



MYGOVERNMENT
KPDNHEP myGoverment
Agensi-agensi lain di bawah KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
SSM MyIPO MyCC